Smore logo
remove_red_eye 465
page background

Teknologi Pendidikan

Bil 13/2021 * Dikeluarkan pada 13 November 2021

TeknologiPendidikanBil 13/2021 * Dikeluarkan pada 13 November 2021

Menghasilkan Mesej Telefon Untuk Pendidikan

Antara bahan bantu mengajar yang boleh digunakan dalam pendidikan ialah perbualan antara dua pihak menggunakan mesej telefon. Mesej telefon ini dapat digunakan untuk beberapa tujuan seperti:


1. Bahan rangsangan bagi sesuatu tajuk, topik atau isu perbincangan.

2. Bahan untuk pengajaran bahasa.

3. Alternatif kepada dialog biasa.


Mesej telefon boleh digunakan dalam pengajaran, latihan, modul, malah soalan peperiksaan. Justeru, adalah baik jika guru dapat mempelajari teknologi untuk menghasilkan mesej telefon.


Secara am, terdapat beberapa cara untuk menghasilkan perbualan telefon. Antaranya:


  1. Menggunakan Textbox. Ini merupakan kaedah paling asas dan boleh dibuat di dalam Microsoft Word/ Google Docs, atau Microsoft PowerPoint/ Google Slides. Guru menggunakan Textbox dan menuliskan teks dialog antara dua pihak. Walau bagaimanapun, cara ini mempunyai beberapa kelemahan seperti guru perlu menghasilkan banyak Textbox, perlu menyusun Textbox agar sejajar, dan paparan tidak menyerupai mesej telefon sebenar.
  2. Menggunakan Jadual (Table). Kaedah yang mudah dan boleh dibuat terus dalam Microsoft Word/ Google Docs. Guru menggunakan jadual sebagai tapak untuk dialog antara dua pihak, kemudian menggunakan kotak itu sebagai bingkai. Kaedah ini memudahkan untuk penjajaran kotak, namun, paparan yang dihasilkan tidak menyerupai mesej telefon sebenar.
  3. Menggunakan perisian mesej palsu (Fake Message). Ini merupakan perisian percuma yang sangat berguna untuk menghasilkan mesej telefon. Ia sangat mirip kepada paparan telefon sebenar. Terdapat beberapa laman web yang menawarkan khidmat ini secara percuma seperti:
    1. https://ifaketextmessage.com/
    2. http://iphonefaketext.com/
    3. https://androidfaketextmessage.com/
zoom_out_map

Bahan rangsangan

Menggunakan ifaketextmessage.com.
zoom_out_map

Alternatif kepada dialog biasa

Menggunakan iphonefaketext.com
zoom_out_map

Pengajaran bahasa

Menggunakan androidfaketextmessage.com.

Cara penghasilan mesej

1. Buka mana-mana laman web seperti senarai di atas.


2. Mulakan dengan meletakkan nama pengirim dalam ruangan nama.


3. Taipkan mesej. Tentukan sama ada mesej tersebut sebagai mesej yang dihantar atau mesej yang diterima.


4. Teruskan menaip mesej mengikut keperluan.


5. Pilih tetapan untuk bateri, talian dan tetapan umum.


6. Tekan butang “Create Image” setelah selesai.


7. Pilih “Download”.


8. Imej mesej sudah sedia digunakan.

Penafian

1. Disebabkan ini ialah satu keperluan dalam pendidikan, maka risalah ini ditulis bagi maksud pendidikan.


2. Teknologi ini boleh disalahgunakan, dan boleh menimbulkan pelbagai kesan rantaian. Justeru, pengguna haruslah bijak semasa menggunakan teknologi ini.


3. Disebabkan guru sudah mengetahui teknologi ini, maka setiap kali mendapat mesej (atau imej mesej) yang meragukan, sila semak untuk memastikan bahawa ia mesej yang benar-benar dihantar, bukan yang direka dengan apps seperti ini.

Khidmat Latihan

Penulis menyediakan khidmat latihan berkaitan pendidikan berdasarkan keperluan guru, pelajar dan sekolah. Justeru, guru atau sekolah yang memerlukan khidmat latihan ini bolehlah menghubungi penulis untuk perbincangan lanjut.
Nama Latihan: (Sebarang latihan berkaitan pendidikan)
Tempoh: boleh dirunding

Peserta: boleh dirunding
Mod latihan: Bersemuka atau dalam talian.
Keperluan: Peserta memerlukan peranti yang bersesuaian. Talian Internet mungkin diperlukan.

zoom_out_map

Info Penulis

Artikel ini ditulis oleh Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin, guru Bahasa Jepun SMK Bukit Sentosa, 48300 Rawang, Selangor. Beliau ialah Google for Education Certified Trainer, Microsoft Certified Educator, dan Apple Teacher.


Penulis mengalu-alukan sebagai teguran, cadangan atau maklum balas daripada semua.

Email: g-81383682@moe-dl.edu.my
Website: https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/adlan/home
Location: SMK Bukit Sentosa, Bandar Bukit Beruntung, Rawang, Selangor, Malaysia
Phone: 017-6192624
Facebook: https://www.facebook.com/adoufr
Twitter: @AdlanMOE

Arkib Risalah Teknologi Pendidikan

Edisi 12/ 2021 Pensijilan Apple Teacher

Edisi 11/ 2021 Menyimpan Sumber Internet Dengan Wakelet

Edisi 10/ 2021 Google Docs Untuk Soalan Peperiksaan

Edisi 9/ 2021 Mengembalikan Suara Guru Dengan Apps Mote

Edisi 8/ 2021 Google Calendar

Edisi 7/ 2021 Google Meet Untuk Mesyuarat Agung PIBG

Edisi 6/ 2021 Pensijilan Google for Education Certified Educator

Edisi 5/ 2021 Google Jamboard

Edisi 4/ 2021 Breakout Rooms dalam Google Meet

Edisi 3/ 2021 Google Meet

Edisi 2/ 2021 Google Drive

Edisi 1/ 2021 Google Classroom
Loading indicator

close

Created with

Communicate quickly and effectively with interactive newsletters.

Smore empowers educators to connect with their community, streamline school communications,
and increase engagement.

Create a newsletter