Teknologi Pendidikan
Bil 5/2021 * Dikeluarkan pada 18 September 2021
Google Jamboard
Google Jamboard ialah salah apps yang boleh digunakan oleh guru untuk tujuan pengajaran. Secara am, Jamboard sama seperti papan putih atau kertas Mahjong yang boleh digunakan guru untuk mengajar, atau melaksanakan aktiviti. Jika guru mengajar menggunakan Jamboard, selepas tamat kelas, guru boleh memindah turun slaid Jamboard ini sebagai gambar atau PDF, dan boleh diedarkan kepada pelajar.
Mengakses Jamboard dalam Google Meet
Dalam Google Meet, untuk menggunakan Jamboard, dengan menggunakan komputer atau laptop, guru pergi ke bar di sebelah kanan bawah dan menekan ikon Aktiviti (ikon berbentuk geometri bulatan, segi tiga dan segi empat). Seterusnya, klik pada ikon Whiteboarding. Guru seterusnya boleh memilih "Start a new whiteboard" atau "Choose from Drive".
Jika guru menekan "Start a new whiteboard", satu tetingkap baharu akan muncul dan guru boleh terus menggunakan Jamboard ini untuk mengajar. Jika guru sudah menghasilkan satu Jamboard sebelum sesi Google Meet, guru boleh menekan "Choose from Drive" dan memilih Jamboard tersebut untuk digunakan.
Mengakses Jamboard dari Google
Secara alternatif, guru boleh terus menaip alamat berikut di bar alamat dalam Google Chrome atau sebarang pelayar Internet.
https://jamboard.google.com/
Apa itu Jamboard?
1. Pen. Mengandungi pen, marker, pen penyerlah (highlighter) dan berus. Pengguna boleh memilih jenis pen yang sesuai. Terdapat enam pilihan warna dakwat diberikan iaitu hitam, putih, biru, kuning, merah, dan hijau.
2. Pemadam. Untuk memadam apa-apa contengan, garisan dan tulisan.
3. Pilih. Ikon berbentuk anak panah ini boleh digunakan untuk memilih sebarang objek seperti garisan dan bentuk yang dihasilkan. Dengan ikon pilih ini, objek tersebut boleh dimanipulasi seperti dialih tempat, dipusingkan, atau dibesarkan dan dikecilkan.
4. Sticky Note. Ini ialah fungsi nota tempek, yang berguna untuk menulis sesuatu nota sebagai ingatan atau arahan. Bentuk nota tempek tidak boleh diubah iaitu bentuk segi empat. Walau bagaimanapun, saiznya boleh dibesarkan dan dikecilkan. Terdapat enam pilihan warna nota tempek ini iaitu kuning, hijau, biru, merah jambu, oren dan tiada warna.
5. Gambar. Ikon "add image" atau tambah gambar ini membolehkan pengguna menambah sebarang gambar ke dalam Jamboard. Gambar boleh diambil dari pelbagai sumber sama ada fail gambar itu dimuat naik dari komputer, dicari dari alamat URL, diambil dengan kamera, dicari menggunakan carian imej Google, diambil dari Google Drive, atau diambil dari Google Photos.
6. Bentuk. Ikon bentuk membolehkan pengguna menambah bentuk-bentuk geometri seperti bulatan, segi empat, segi tiga, berlian, segi empat berbucu bulat, separuh bulatan, bar, dan anak panah.
7. Kotak Teks. Membolehkan pengguna menambah teks di dalam kotak.
8. Laser. Berfungsi seperti penunjuk laser yang dapat digunakan untuk menarik perhatian pelajar terhadap sesuatu dalam Jamboard.
Ikon yang ada ini berbeza jika pengguna menggunakan telefon bimbit atau iPad, sama ada dengan pengurangan atau penambahan fungsi.
Idea Pengajaran
2. Guru mengambil gambar rajah daripada Internet, dan meminta pelajar melabel gambar rajah. Sesuai untuk subjek sains, biologi, fizik, kimia, reka bentuk teknologi (RBT), geografi dan sebagainya.
Khidmat Latihan
Nama Latihan: Sesi Jamboard
Tempoh: minimum 90 minit latihan.
Peserta: tiada had.
Mod latihan: Dalam talian.
Keperluan: Setiap peserta memerlukan komputer atau laptop, telefon pintar DAN talian Internet yang stabil.
Info Penulis
Penulis mengalu-alukan sebagai teguran, cadangan atau maklum balas daripada semua.
Email: g-81383682@moe-dl.edu.my
Website: https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/adlan/home
Location: SMK Bukit Sentosa, Bandar Bukit Beruntung, Rawang, Selangor, Malaysia
Phone: 017-6192624
Facebook: https://www.facebook.com/adoufr
Twitter: @AdlanMOE
Arkib Risalah Teknologi Pendidikan
Edisi 4/ 2021 Breakout Rooms dalam Google Meet
Edisi 3/ 2021 Google Meet
Edisi 2/ 2021 Google Drive
Edisi 1/ 2021 Google Classroom