Smore logo
remove_red_eye 565
page background

Teknologi Pendidikan

Bil 5/2021 * Dikeluarkan pada 18 September 2021

TeknologiPendidikanBil 5/2021 * Dikeluarkan pada 18 September 2021
zoom_out_map

Google Jamboard

Google Jamboard ialah salah apps yang boleh digunakan oleh guru untuk tujuan pengajaran. Secara am, Jamboard sama seperti papan putih atau kertas Mahjong yang boleh digunakan guru untuk mengajar, atau melaksanakan aktiviti. Jika guru mengajar menggunakan Jamboard, selepas tamat kelas, guru boleh memindah turun slaid Jamboard ini sebagai gambar atau PDF, dan boleh diedarkan kepada pelajar.

Mengakses Jamboard dalam Google Meet

Dalam Google Meet, untuk menggunakan Jamboard, dengan menggunakan komputer atau laptop, guru pergi ke bar di sebelah kanan bawah dan menekan ikon Aktiviti (ikon berbentuk geometri bulatan, segi tiga dan segi empat). Seterusnya, klik pada ikon Whiteboarding. Guru seterusnya boleh memilih "Start a new whiteboard" atau "Choose from Drive".


Jika guru menekan "Start a new whiteboard", satu tetingkap baharu akan muncul dan guru boleh terus menggunakan Jamboard ini untuk mengajar. Jika guru sudah menghasilkan satu Jamboard sebelum sesi Google Meet, guru boleh menekan "Choose from Drive" dan memilih Jamboard tersebut untuk digunakan.

Mengakses Jamboard dari Google

Jamboard boleh diakses dari mana-mana apps Google seperti Google Classroom, Gmail, Drive, Docs, Calendar dan lain-lain. Guru hanya perlu menekan butang titik sembilan pada bar di bahagian kanan atas, dan mencari ikon Jamboard dan menekan ikon tersebut.


Secara alternatif, guru boleh terus menaip alamat berikut di bar alamat dalam Google Chrome atau sebarang pelayar Internet.

https://jamboard.google.com/

Apa itu Jamboard?

Jamboard ialah paparan berbentuk slaid. Satu-satu jamboard boleh mengandungi maksimum 25 slaid. Apabila satu Jamboard baru dihasilkan, terdapat satu bar di sebelah kiri yang mengandungi beberapa ikon seperti:

1. Pen. Mengandungi pen, marker, pen penyerlah (highlighter) dan berus. Pengguna boleh memilih jenis pen yang sesuai. Terdapat enam pilihan warna dakwat diberikan iaitu hitam, putih, biru, kuning, merah, dan hijau.


2. Pemadam. Untuk memadam apa-apa contengan, garisan dan tulisan.


3. Pilih. Ikon berbentuk anak panah ini boleh digunakan untuk memilih sebarang objek seperti garisan dan bentuk yang dihasilkan. Dengan ikon pilih ini, objek tersebut boleh dimanipulasi seperti dialih tempat, dipusingkan, atau dibesarkan dan dikecilkan.


4. Sticky Note. Ini ialah fungsi nota tempek, yang berguna untuk menulis sesuatu nota sebagai ingatan atau arahan. Bentuk nota tempek tidak boleh diubah iaitu bentuk segi empat. Walau bagaimanapun, saiznya boleh dibesarkan dan dikecilkan. Terdapat enam pilihan warna nota tempek ini iaitu kuning, hijau, biru, merah jambu, oren dan tiada warna.


5. Gambar. Ikon "add image" atau tambah gambar ini membolehkan pengguna menambah sebarang gambar ke dalam Jamboard. Gambar boleh diambil dari pelbagai sumber sama ada fail gambar itu dimuat naik dari komputer, dicari dari alamat URL, diambil dengan kamera, dicari menggunakan carian imej Google, diambil dari Google Drive, atau diambil dari Google Photos.


6. Bentuk. Ikon bentuk membolehkan pengguna menambah bentuk-bentuk geometri seperti bulatan, segi empat, segi tiga, berlian, segi empat berbucu bulat, separuh bulatan, bar, dan anak panah.


7. Kotak Teks. Membolehkan pengguna menambah teks di dalam kotak.


8. Laser. Berfungsi seperti penunjuk laser yang dapat digunakan untuk menarik perhatian pelajar terhadap sesuatu dalam Jamboard.


Ikon yang ada ini berbeza jika pengguna menggunakan telefon bimbit atau iPad, sama ada dengan pengurangan atau penambahan fungsi.

Idea Pengajaran

1. Guru boleh menggunakan Jamboard semasa sesi Google Meet untuk aktiviti sumbang saran daripada pelajar. Guru menyediakan dahulu jadual, atau kotak, atau soalan, dan pelajar menggunakan nota tempek untuk menyatakan jawaban, atau idea.


2. Guru mengambil gambar rajah daripada Internet, dan meminta pelajar melabel gambar rajah. Sesuai untuk subjek sains, biologi, fizik, kimia, reka bentuk teknologi (RBT), geografi dan sebagainya.

Khidmat Latihan

Penulis menyediakan sesi latihan untuk belajar menggunakan Google Jamboard ini menggunakan modul yang diinovasikan sendiri oleh penulis. Justeru, guru atau sekolah yang memerlukan khidmat latihan ini bolehlah menghubungi penulis untuk perbincangan lanjut.
Nama Latihan: Sesi Jamboard
Tempoh: minimum 90 minit latihan.
Peserta: tiada had.
Mod latihan: Dalam talian.
Keperluan: Setiap peserta memerlukan komputer atau laptop, telefon pintar DAN talian Internet yang stabil.
zoom_out_map

Info Penulis

Artikel ini ditulis oleh Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin, guru Bahasa Jepun SMK Bukit Sentosa, 48300 Rawang, Selangor. Beliau ialah Google for Education Certified Trainer, Microsoft Certified Educator, dan Apple Teacher.


Penulis mengalu-alukan sebagai teguran, cadangan atau maklum balas daripada semua.

Email: g-81383682@moe-dl.edu.my
Website: https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/adlan/home
Location: SMK Bukit Sentosa, Bandar Bukit Beruntung, Rawang, Selangor, Malaysia
Phone: 017-6192624
Facebook: https://www.facebook.com/adoufr
Twitter: @AdlanMOE

Arkib Risalah Teknologi Pendidikan

Edisi 4/ 2021 Breakout Rooms dalam Google Meet

Edisi 3/ 2021 Google Meet

Edisi 2/ 2021 Google Drive

Edisi 1/ 2021 Google Classroom
Loading indicator

close

Created with

Communicate quickly and effectively with interactive newsletters.

Smore empowers educators to connect with their community, streamline school communications,
and increase engagement.

Create a newsletter