Smore logo
remove_red_eye 490
page background

Teknologi Pendidikan

Bil 14/2021 * Dikeluarkan pada 20 November 2021

TeknologiPendidikanBil 14/2021 * Dikeluarkan pada 20 November 2021

Menggunakan Google Calendar Sebagai Takwim Sekolah

Setiap sekolah pasti mempunyai takwim sendiri. Biasanya takwim ini dirancang dengan teliti, dan kemudian dicetak serta diedarkan. Namun, dalam realiti, biasanya takwim ini akan berubah disebabkan banyak faktor, antaranya:

1. Perubahan tarikh dan aktiviti.

2. Pertambahan aktiviti baharu.

3. Penundaan atau pembatalan aktiviti.


Justeru, Google Calendar menawarkan satu cara bagaimana takwim sekolah ini boleh dihasilkan dengan lebih berkesan.

Mencipta Takwim Sekolah

1. Seorang penyelaras, sama ada Penyelaras ICT atau Penyelaras Google Classroom, atau seorang wakil membuka Google Calendar menggunakan ID Google Classroom sendiri dengan menggunakan laptop.

2. Di bahagian kiri, di sebelah bawah, pada bahagian Other Calendars, tekan tambah.

3. Pilih “Create new calendar”.

4. Beri nama menggunakan nama sekolah, contohnya: SMK Bukit Sentosa.

5. Tekan “Creat calendar”.

6. Cari nama kalendar yang baharu sahaja dicipta tadi di bahagian kiri bawah.

7. Di bahagian “Access permissions for events”, tanda rait pada “Make available to public”, jika mahu kalendar boleh diakses oleh pengguna awam, contohnya ibu bapa, dan setkan kepada “see all event details”.

8. Tanda rait pada “Make available for MOE, jika mahu kalendar boleh dilihat oleh warga pendidikan, sama ada guru atau pelajar di seluruh Malaysia, dan setkan kepada “see all event details”.

9. Di bahagian “Share with specific people”, pilih tanda tambah (+ Add people).

10. Taipkan alamat e-mel seorang guru, serta setkan “Permissions” kepada “Make changes and manage sharing”, kemudian tekan “Send”.

11. Ulang langkah sebelum ini dengan menambah semua guru di sekolah atau organisasi.

Tindakan guru

1. Guru akan menerima satu e-mel bertajuk “g-12345678@moe-dl.edu.my has shared a calendar with you” di dalam e-mel @moe-dl.edu.my masing-masing.

2. Justeru, guru perlu ada apps Gmail di dalam telefon, pastikan ia dialog masuk dengan ID @moe-dl.edu.my dan mencari e-mel ini.

3. Buka e-mel tersebut dan tekan tulisan berwarna biru “Add this calendar”.

4. Tunggu sebentar sehingga satu paparan muncul, dan meminta guru memilih akaun mana yang ingin ditambah kalendar tersebut.

5. Pilih akaun @moe-dl.edu.my.

6. Sesetengah pengguna akan mendapat mesej meminta kebenaran menambah kalendar tersebut, justeru pilih “Allow”.

7. Tahniah, kerana sekarang guru sudah mempunyai satu kalendar sekolah!

Menggunakan Google Calendar untuk takwim sekolah

1. Sama seperti mencipta takwim biasa, guru terlibat perlu memasukkan acara ke dalam kalendar.

2. Untuk memasukkan acara, buka Google Calendar, dan tekan tambah.

3. Pilih “Event”.

4. Tambah tajuk, contohnya “Cuti Penggal 1”, “Gaji”, “Mesyuarat Agung PIBG”.

5. Jika acara adalah sepanjang hari, hidupkan butang “All day”.

6. Pilih tarikh dan masa acara bermula.

7. Pilih tarikh dan masa acara tamat atau dijangka tamat.

8. Jika melibatkan luar negara, boleh tukar “Malaysia Time” ke zon masa yang berkenaan.

9. Adalah penting untuk guru-guru memasukkan acara ke dalam kalendar yang betul, justeru, di bawah bahagian tarikh-masa, pilih e-mel yang betul.

10. Pastikan ia e-mel sekolah dengan nama sekolah, untuk menambah takwim atau acara sekolah.

11. Jika untuk acara peribadi, guru-guru bolehlah mengeset e-mel kepada “Events” dan e-mel peribadi.

12. Tekan “Add video conferencing”, jika ia melibatkan penggunaan Google Meet, iaitu secara dalam talian.

13. Tekan “Add location”, jika ia melibatkan tempat tertentu.

14. Tekan “Add description”, dan tambahkan maklumat lanjut acara seperti siapa yang terlibat, kod pakaian, jamuan disediakan atau tidak.

15. Tekan “Add attachment”, jika acara mempunyai bahan seperti poster, minit mesyuarat, lampiran, fail perkongsian.

16. Semua bahan di atas hendaklah dimasukkan dahulu ke dalam Google Drive.

17. Tekan “Save”.

Guru berkongsi acara sekolah

Jika guru-guru menganjurkan sebarang program, guru-guru bolehlah menambah acara di dalam Google Calendar sekolah ini, agar semua guru dapat mengetahui tentang acara tersebut. Dengan cara ini, guru mempunyai maklumat tentang acara yang berlangsung yang berkaitan dengan sekolah.


Guru Kanan Mata Pelajaran, Penolong Kanan dan Pengetua/ Guru Besar bolehlah memastikan agar setiap acara sekolah dimasukkan ke dalam Google Calendar ini.


Semua maklumat di dalam Google Calendar ini boleh diubah suai mengikut kesesuaian, dan semua guru akan mendapat maklumat terkini tentang acara tersebut apabila mereka membuka Google Calendar.

Khidmat Latihan

Penulis menyediakan khidmat latihan berkaitan Google Calendar berdasarkan keperluan guru, pelajar dan sekolah. Justeru, guru atau sekolah yang memerlukan khidmat latihan ini bolehlah menghubungi penulis untuk perbincangan lanjut.
Nama Latihan: Menggunakan Google Calendar sebagai takwim sekolah
Tempoh: minimum 60 minit

Peserta: tiada had
Mod latihan: Bersemuka atau dalam talian.
Keperluan: Peserta memerlukan peranti yang bersesuaian dan talian Internet.

zoom_out_map

Info Penulis

Artikel ini ditulis oleh Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin, guru Bahasa Jepun SMK Bukit Sentosa, 48300 Rawang, Selangor. Beliau ialah Google for Education Certified Trainer, Microsoft Certified Educator, dan Apple Teacher.


Penulis mengalu-alukan sebagai teguran, cadangan atau maklum balas daripada semua.

Email: g-81383682@moe-dl.edu.my
Website: https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/adlan/home
Location: SMK Bukit Sentosa, Bandar Bukit Beruntung, Rawang, Selangor, Malaysia
Phone: 017-6192624
Facebook: https://www.facebook.com/adoufr
Twitter: @AdlanMOE

Arkib Risalah Teknologi Pendidikan

Edisi 13/ 2021 Menghasilkan Mesej Telefon untuk Pendidikan

Edisi 12/ 2021 Pensijilan Apple Teacher

Edisi 11/ 2021 Menyimpan Sumber Internet Dengan Wakelet

Edisi 10/ 2021 Google Docs Untuk Soalan Peperiksaan

Edisi 9/ 2021 Mengembalikan Suara Guru Dengan Apps Mote

Edisi 8/ 2021 Google Calendar

Edisi 7/ 2021 Google Meet Untuk Mesyuarat Agung PIBG

Edisi 6/ 2021 Pensijilan Google for Education Certified Educator

Edisi 5/ 2021 Google Jamboard

Edisi 4/ 2021 Breakout Rooms dalam Google Meet

Edisi 3/ 2021 Google Meet

Edisi 2/ 2021 Google Drive

Edisi 1/ 2021 Google Classroom
Loading indicator

close

Created with

Communicate quickly and effectively with interactive newsletters.

Smore empowers educators to connect with their community, streamline school communications,
and increase engagement.

Create a newsletter