Teknologi Pendidikan
Bil 15/2021 * Dikeluarkan pada 27 November 2021
Meningkatkan Keilmuan Dengan Google Scholar
Guru sering menghadapi isu dalam kerjaya keguruan, sama ada di dalam bilik darjah, pengurusan disiplin, kokurikulum dan sebagainya. Justeru, Kajian Tindakan diperkenalkan untuk para guru menambah baik proses pengajaran di dalam kelas, atau mengatasi isu dan masalah yang timbul.
Harus diketahui bahawa guru tidak keseorangan mengajar, kerana di setiap penjuru dunia, pasti akan ada guru. Setiap guru itu juga pasti akan menghadapi masalah mereka tersendiri, dan mereka juga pasti mencari cara bagaimana mengatasi masalah dan isu tersebut.
Justeru, guru boleh meningkatkan keilmuan masing-masing dengan membaca perkongsian daripada guru-guru dari seluruh dunia, yang dikongsikan sebagai artikel jurnal atau artikel kajian tindakan.
Antara sumber paling mudah untuk mengakses kutubkhanah ilmu di alam maya ialah dengan menggunakan Google Scholar. Ia percuma, boleh diakses oleh sesiapa, di mana-mana sahaja.
Apa itu Google Scholar?
Jika guru ingin mempelajari tentang "menulis karangan", maka di ruangan carian dalam Google Scholar, guru boleh menaip kata kunci "menulis karangan". Paparan seperti di bawah akan muncul.
Di bahagian kiri, guru boleh menetapkan artikel yang ingin dibaca itu sama ada artikel yang diterbitkan pada tahun semasa, atau sejak dua tahun ke belakang, atau sejak lima tahun ke belakang, atau untuk julat tahun tertentu sahaja.
Di bahagian tengah, bahagian atas sekali memaparkan tajuk artikel jurnal (berwarna biru).
Di bawahnya, pada bahagian berwarna hijau, dipaparkan nama penulis, tahun, dan sumber artikel tersebut.
Di bahagian bawah (berwarna biru), guru boleh menyimpan (save) artikel, memetik (cite) artikel menggunakan pelbagai format sitasi (MLA, APA, Chicago, Harvard, Vancouver), atau memindah turun sebagai fail BibTeX, EndNote, RefMan, atau RefWorks jika guru mempunyai perisian berkaitan.
Yang paling berharga ialah "Related Articles" iaitu bahagian yang memilih semua artikel yang berkaitan dengan tajuk, justeru guru boleh meluaskan bacaan dengan membaca artikel berkaitan.
Di sebelah kanan, terdapat label berwarna biru [PDF] yang membolehkan guru membuka, membaca dan memindah turun artikel jurnal tersebut. Yang tiada [PDF] di bahagian kanan, maka guru perlu melanggan untuk membacanya.
Bagaimana Google Scholar Meningkatkan Keilmuan Guru?
Dengan membaca artikel jurnal seperti ini, guru dapat meluaskan pengetahuan, mencambahkan idea dan menerokai pelbagai teknik dan kemahiran baharu untuk dicuba dan disesuaikan dengan keperluan masing-masing.
Bagi guru yang melaksanakan Kajian Tindakan, atau menyambung pelajaran, Google Scholar adalah tempat percuma untuk mencari literatur berkaitan, dan juga berguna semasa menulis bahagian Pengenalan atau Perbincangan dalam penulisan.
Khidmat Latihan
Nama Latihan: (bergantung kepada keperluan)
Tempoh: minimum 60 minit
Peserta: tiada had
Mod latihan: Bersemuka atau dalam talian.
Keperluan: Peserta memerlukan peranti yang bersesuaian dan talian Internet.
Info Penulis
Penulis mengalu-alukan sebagai teguran, cadangan atau maklum balas daripada semua.
Email: g-81383682@moe-dl.edu.my
Website: https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/adlan/home
Location: SMK Bukit Sentosa, Bandar Bukit Beruntung, Rawang, Selangor, Malaysia
Phone: 017-6192624
Facebook: https://www.facebook.com/adoufr
Twitter: @AdlanMOE
Arkib Risalah Teknologi Pendidikan
Edisi 14/ 2021 Menggunakan Google Calendar Sebagai Takwim Sekolah
Edisi 13/ 2021 Menghasilkan Mesej Telefon untuk Pendidikan
Edisi 12/ 2021 Pensijilan Apple Teacher
Edisi 11/ 2021 Menyimpan Sumber Internet Dengan Wakelet
Edisi 10/ 2021 Google Docs Untuk Soalan Peperiksaan
Edisi 9/ 2021 Mengembalikan Suara Guru Dengan Apps Mote
Edisi 8/ 2021 Google Calendar
Edisi 7/ 2021 Google Meet Untuk Mesyuarat Agung PIBG
Edisi 6/ 2021 Pensijilan Google for Education Certified Educator
Edisi 5/ 2021 Google Jamboard
Edisi 4/ 2021 Breakout Rooms dalam Google Meet
Edisi 3/ 2021 Google Meet
Edisi 2/ 2021 Google Drive
Edisi 1/ 2021 Google Classroom