PEMBELAJARAN HIBRID-KONSEP
Dari Meja KUPD IPGKBM Edisi Instruksional 1/2021
Pengenalan
- Pelajar secara fizikal atau bersemuka (Face to Face/ F2F)
- Pelajar secara dalam talian/ dalam ruang pembelajaran maya.
Sebagai seorang pensyarah atau guru, kita akan berada secara fizikal dengan sebilangan pelajar dalam kelas dan pada masa yang sama, kita akan bersidang dengan pelajar secara dalam talian. Ini adalah salah satu contoh yang umum untuk pembelajaran hibrid. Rujuk ilustrasi berikut dan anda boleh klik pada imej untuk terus membaca lebih lanjut tentang Pembelajaran Hibrid.
Pembelajaran Hibrid adalah Pembelajaran Teradun (Blended Learning)?
Asas Pembelajaran Digital untuk Teradun, Remote atau Hibrid
Oleh itu ada 2 perkara yang penting dalam melaksanakan pembelajaran digital: ekuiti dan akses. Semasa mereka bentuk Pembelajaran Hibrid, setiap pelajar perlu diberikan peluang yang saksama samada mereka adalah pelajar secara fizikal atau secara dalam talian. Akses kepada pembelajaran hibrid ini juga perlu difikirkan sebagai syarat untuk pelajar mendapat peluang belajar. Ilustrasi berikut menunjukkan kepentingan EKUITI dalam memberi peluang kepada pelajar.
Maklum balas ini boleh dijadikan sokongan atau "scaffolding" kepada pelajar samada mereka berada dalam kelas atau secara dalam talian. Oleh sebab itu, pertimbangan kepada alat dan sumber digital adalah penting dalam mereka bentuk proses P&P.
Apakah yang diperlukan dalam Pembelajaran Hibrid?
1. Persekitaran Pembelajaran: Ruang Maya dan Reka bentuk kelas fizikal
2. Komuniti Kelas :Pengumpulan dan pengagihan pelajar.
3. Kapasiti Pedagogi : Reka Bentuk Proses Pengajaran dan Pembelajaran (Briefing dan debriefing)
4. Keterlibatan dan interaktiviti
5. Penilaian dan Maklum balas
Anda boleh lalui modul ini untuk dapatkan lencana bagi modul ini dengan menggunakan ID epembelajaran atau ID DELIMa anda.
Bagaimana laksanakan Pembelajaran Hibrid?
Model Hyflex untuk Pembelajaran Hibrid
- secara segerak di mana dua kategori pelajar ini berada secara maya.
- Secara tidak segerak untuk kedua-dua kategori pelajar dan kerja diberikan secara digital.
- Secara bersemuka dengan pelajar 'in person' dan tidak segerak untuk pelajar 'remote'. Pastikan maklum balas yang diberikan adalah mengikut keperluan pelajar kedua-dua kategori.
Amalan Terbaik Pengajaran dan Pembelajaran Hibrid
Penyediaan Perkakasan dan Perisian
Anda juga boleh rujuk kepada video oleh guru di Indonesia, dan guru tersebut menggunakan papan putih dalam kelas dengan kamera telefon dihalakan kepada papan putih tersebut. Berlainan dengan Cikgu Ruth, beliau menggunakan papan putih digital.
Senarai perkara yang boleh diamalkan untuk Pembelajaran Hibrid
- JANGAN BUAT DUA kerja untuk setiap perkara dalam proses P&P.
- Jadikan RUANG MAYA sebagai ruang utama belajar. Jadi gunakan LMS seperti Google Classroom atau Microsoft Teams.
- Pastikan pelajar-pelajar mendapat peluang yang saksama. Utamakan Ekuiti dalam P&P.
- Kedatangan pelajar diambil dalam ruang maya.
- Bahagikan pelajar kepada 2 kumpulan yang akan bergilir datang secara fizikal dan berada secara maya. Pastikan kumpulan yang dibuat adalah kombinasi pelajar-pelajar ini.
- Banyak gunakan tidak segerak dan berikan maklum balas kepada pelajar.
- Walau bagaimanapun, adalah penting untuk kita adakan 'briefing' dan 'debriefing' seperti taklimat awal dan akhir kelas yang boleh dijadikan dalam bentuk segerak seperti dalam Google Meet.
- Ekuiti untuk Pembelajaran Hibrid boleh diimbangkan dengan menggunakan SATU ruang yang pelajar-pelajar dapat dinilai secara formatif dan sumatif.
- Gunakan strategi dan teknik yang boleh mendokumentasikan PROSES pembelajaran pelajar secara maya.
- Amalkan pembelajaran 'Flipped'. Buat video yang tidak melebihi 6 minit untuk setiap kelas atau set aktiviti pengajaran dan pembelajaran, sebagaimana yang telah dikaji dan dinyatakan dalam sumber ini.
- Boleh gunakan konsep Digital Learning Object dan Hyperdocs yang mempunyai ruang interaktif.
- Anda boleh gunakan juga aplikasi seperti Pear Deck dan Nearpod yang diintegrasikan kepada Google Classroom untuk memudahkan pemantauan proses pembelajaran hibrid.
- Maklum balas adalah penting sebagai 'scaffolding' kepada pembelajaran pelajar. Jadi perlu fikirkan cara yang paling mudah untuk kita berikan sokongan pembelajaran kepada pelajar.
Sumber untuk Rujukan
2. Pembelajaran secara Hibrid: Bacaan secara keseluruhan
3. Perbezaan antara Hibrid dan Teradun: rujuk bacaan ini.
Catatan: Setiap imej dan video yang digunakan telah dipautkan kepada sumber asal.
KU Pembelajaran Digital IPGKBM
Pensyarah Cemerlang TMK
Google Champion
Google Certified Innovator & Google Certified Trainer
GEG Petaling Jaya Leader & GEG APAC
KUPD IPGKBM