Smore logo
remove_red_eye 414
page background

Teknologi Pendidikan

Bil 2/2021 * Dikeluarkan pada 28 Ogos 2021

TeknologiPendidikanBil 2/2021 * Dikeluarkan pada 28 Ogos 2021
open_in_new zoom_out_map

Google Drive

Semua guru dan pelajar di Malaysia disediakan dengan akses kepada Google Drive menggunakan ID @moe-dl.edu.my masing-masing. Secara am, Google Drive berfungsi sama seperti cakera keras (hard disk), tetapi ia disimpan di awan (cloud). Jika dengan menggunakan cakera keras, maklumat hanya boleh diakses apabila menggunakan komputer yang sama, apabila data disimpan di dalam Google Drive, ia boleh diakses dari sebarang peranti yang mempunyai capaian Internet. Justeru, ia memudahkan capaian seseorang kepada data yang disimpan tanpa mengira lokasi di mana dia berada.

zoom_out_map

Folder Untuk Memudahkan Susunan

Sama seperti menggunakan cakera keras, di Google Drive, pengguna boleh mencipta folder bagi memudahkan penyusunan dan organisasi fail. Untuk mencipta folder, pengguna hanya perlu menekan tanda tambah (+) dan memilih Folder. Satu paparan akan muncul dan pengguna perlu memberinya satu nama untuk folder tersebut. Setelah itu, tekan Cipta (Create) dan folder baharu anda telah berjaya dihasilkan. Pengguna boleh mencipta sebanyak mungkin folder mengikut keperluan. Pengguna juga boleh mencipta folder lain di dalam folder asal. Penciptaan subfolder ini dapat membantu menyusun fail mengikut kesesuaian pengguna.

zoom_out_map

Jaminan Keselamatan Fail

Menggunakan Google Drive dapat menjamin keselamatan fail berbanding menyimpan fail di dalam cakera keras komputer atau pemacu kilat USB. Ini disebabkan komputer peribadi mungkin dicuri, dan pemacu kilat USB mungkin hilang atau tercicir. Cakera keras pula mungkin rosak atau tercemar (corrupt) menyebabkan data yang tidak disandarkan (tidak dibackup) tidak dapat diperoleh semula. Justeru, menggunakan Google Drive dapat menjamin data yang disimpan selamat. Ini disebabkan satu ciri Google Drive yang autosimpan dan autosandar (autobackup) tanpa perlu tindakan apa-apa daripada pengguna.

zoom_out_map

Google Drive sebagai tempat simpanan bahan pengajaran dan pembelajaran

Google Drive boleh diakses dengan menggunakan semua peranti. Secara am, apabila pengguna menggunakan telefon bimbit, pelbagai apps lain turun digunakan seperti Facebook, WhatsApp, Telegram, atau akses ke laman web. Kadangkala, semasa menggunakan apps yang lain ini, guru khususnya akan menjumpai bahan yang boleh digunakan untuk pengajaran, khususnya gambar foto atau infografik. Justeru, guru-guru boleh terus menyimpan bahan-bahan tersebut di dalam Google Drive. Malah, audio dan video juga dapat terus disimpan di dalam Google Drive.

Tips Menggunakan Google Drive

  1. Guru bolehlah mencipta satu folder di dalam Google Drive masing-masing untuk menyimpan semua sumber Pendidikan daripada sumber media sosial atau laman web yang ditemui, yang boleh digunakan sebagai bahan bantu untuk sesi pengajaran akan datang. Contoh: Folder: Bahan Sumber Geografi. Subfolder: Geografi T1, Geografi T2, Geografi T3.
  2. Guru boleh mencipta satu folder di dalam Google Drive masing-masing untuk menyimpan semua hasil kerja murid sama ada gambar foto, audio, video dan sebagainya, sekiranya guru tidak menggunakan Google Classroom. Contohnya, jika guru menggunakan WhatsApp atau Telegram, dan pelajar menghantar kerja rumah melalui media sosial tersebut, guru boleh mengumpulkan dan menyimpan semua hasil kerja pelajar di dalam Google Drive. Contoh: Folder: Hasil Kerja Murid. Subfolder: Sejarah T4. Subsubfolder: 4 Amanah, 4 Bestari, 4 Cerdik.
zoom_out_map

Info Penulis

Artikel ini ditulis oleh Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin, guru Bahasa Jepun SMK Bukit Sentosa, 48300 Rawang, Selangor. Beliau ialah Google for Education Certified Trainer, Microsoft Certified Educator, dan Apple Teacher.


Penulis mengalu-alukan sebagai teguran, cadangan atau maklum balas daripada semua.

Email: g-81383682@moe-dl.edu.my
Website: https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/adlan/home
Location: SMK Bukit Sentosa, Bandar Bukit Beruntung, Rawang, Selangor, Malaysia
Phone: 017-6192624
Facebook: https://www.facebook.com/adoufr
Twitter: @AdlanMOE

Arkib Risalah Teknologi Pendidikan

Edisi 1/ 2021 Google Classroom

Loading indicator

close

Created with

Communicate quickly and effectively with interactive newsletters.

Smore empowers educators to connect with their community, streamline school communications,
and increase engagement.

Create a newsletter