Teknologi Pendidikan
Bil 16/2021 * Dikeluarkan pada 04 Disember 2021
Menghasilkan Kod QR dengan Google Chrome
Kod QR semakin penting dalam kehidupan kita. Sejak kita semua diwajibkan untuk mengimbas kod QR dengan MySejahtera apabila ingin memasuki mana-mana premis, maka semakin ramai orang yang melihat potensi penggunaan kod QR, termasuk dalam pendidikan.
Secara am, kod QR ialah satu cara untuk mencapai apa-apa alamat URL, justeru, pengguna tidak perlu menaip alamat itu, sebaliknya hanya mengimbas kod QR.
Cara yang lebih tradisional ialah dengan memendekkan alamat URL dengan menggunakan perisian seperti bitly.com. Namun, ada aduan bahawa dengan menggunakan akaun @moe-dl.edu.my, alamat URL yang dipendekkan tidak boleh diakses sama ada oleh guru atau pelajar. Ini ialah satu ciri keselamatan yang diperkenalkan oleh Google.
Justeru, mengetahui cara untuk menukar alamat URL kepada kod QR akan menjadi satu pengetahuan yang sangat berguna buat para guru.
Menghasilkan kod QR dengan iPad atau iPhone
Seterusnya, buka satu laman web. Katakan saya telah meletakkan resume saya di Internet menggunakan Google Sites, maka saya boleh mengakses laman itu menggunakan URL berikut:
https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/adlan/home/biodata?authuser=0
Di sebelah kanan alamat URL, anda boleh lihat ada tanda muat naik (anak panah ke atas), tekan butang muat naik.
Di bahagian bawah, terdapat pilihan “Create a QR code”. Tekan pilihan ini.
Satu paparan kod QR akan muncul. Pilih butan “Share…”.
Tekan “Save Image”. Kod QR ini akan disimpan di dalam Photos.
Anda akan dapat melihat kod QR dihasilkan dengan nama laman web (page title) dan alamat ringkas.
Menghasilkan Kod QR bagi Pengguna Windows
https://www.researchgate.net/profile/Mohd-adlan-Mohd-Shariffuddin
Di sebelah kanan bar alamat URL, dapat dilihat ada dua ikon, satu ialah anak panah keluar, dan yang kedua ialah bintang. Pilih anak panah keluar.
Anda akan dapat melihat banyak pilihan yang ada. Pilih "QR code".
Satu kod QR akan muncul dengan alamat di bawahnya. Tekan "Download".
Satu fail PNG akan dimuat turun ke dalam komputer anda.
Klik anak panah ke atas, dan pilih "Show in folder".
Fail imej ini sedia untuk digunakan.
Butang “kongsi” pada bar alamat Google Chrome
Pilihan yang ada apabila butang “kongsi” ditekan
Fail PNG yang dimuat turun ke dalam komputer
Menggunakan Kod QR sebagai Guru
Antara kelebihan menggunakan kod QR ialah:
1. Menggalakkan perkongsian. Kod QR boleh digunakan untuk membuka apa-apa alamat URL di Internet. Jika guru menyimpan apa-apa bahan di Internet, bahan itu boleh diakses dengan mudah menggunakan kod QR.
2. Pautan dalam surat dan dokumen. Guru sering menerima surat yang mengandungi pautan kepada Google Drive atau Google Meet tertentu, dan kemudian pautan itu ditaip sebagai teks sahaja, menyebabkan guru terpaksa menaip - tanpa kesalahan - alamat tersebut. Ini sangat menyusahkan, terutama apabila ada huruf yang hampir sama bentuk, sama ada sifar (0) atau huruf (O); huruf (i) kecil, (l) kecil, (I) besar, angka (1) dan sebagainya. Justeru, pembuat surat boleh menggunakan kod QR bagi memudahkan akses kepada apa-apa pautan di dalam surat atau dokumen.
3. Pautan maklumat lanjut. Seringkali, dalam poster, surat, atau dokumen, ruang yang ada adalah terhad. Justeru, pelbagai maklumat penting, gambar, atau lampiran tidak dapat dimasukkan. Dengan menggunakan kod QR, apa-apa maklumat lanjut dapat diberikan kepada pembaca atau penerima dokumen.
4. Pautan video. Guru banyak menggunakan video, sama ada YouTube, atau sebarang video yang disimpan di Internet. Dengan kod QR, pautan kepada video tersebut dapat diberikan dengan mudah, justeru pelbagai bahan video, hasil kerja pelajar, atau video pengajaran dapat dikongsikan.
5. Pautan kehadiran. Bagi mendapatkan pelbagai maklumat, guru biasanya menggunakan Google Form. Justeru, kod QR boleh digunakan untuk menyebarkan borang kehadiran, kuiz, maklum balas program dan sebagainya.
Khidmat Latihan
Nama Latihan: (bergantung kepada keperluan)
Tempoh: minimum 60 minit
Peserta: tiada had
Mod latihan: Bersemuka atau dalam talian.
Keperluan: Peserta memerlukan peranti yang bersesuaian dan talian Internet.
Info Penulis
Penulis mengalu-alukan sebagai teguran, cadangan atau maklum balas daripada semua.
Email: g-81383682@moe-dl.edu.my
Website: https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/adlan/home
Location: SMK Bukit Sentosa, Bandar Bukit Beruntung, Rawang, Selangor, Malaysia
Phone: 017-6192624
Facebook: https://www.facebook.com/adoufr
Twitter: @AdlanMOE
Arkib Risalah Teknologi Pendidikan
Edisi 15/ 2021 Meningkatkan Keilmuan dengan Google Scholar
Edisi 14/ 2021 Menggunakan Google Calendar Sebagai Takwim Sekolah
Edisi 13/ 2021 Menghasilkan Mesej Telefon untuk Pendidikan
Edisi 12/ 2021 Pensijilan Apple Teacher
Edisi 11/ 2021 Menyimpan Sumber Internet Dengan Wakelet
Edisi 10/ 2021 Google Docs Untuk Soalan Peperiksaan
Edisi 9/ 2021 Mengembalikan Suara Guru Dengan Apps Mote
Edisi 8/ 2021 Google Calendar
Edisi 7/ 2021 Google Meet Untuk Mesyuarat Agung PIBG
Edisi 6/ 2021 Pensijilan Google for Education Certified Educator
Edisi 5/ 2021 Google Jamboard
Edisi 4/ 2021 Breakout Rooms dalam Google Meet
Edisi 3/ 2021 Google Meet
Edisi 2/ 2021 Google Drive
Edisi 1/ 2021 Google Classroom