Smore logo
remove_red_eye 465
page background

Teknologi Pendidikan

Bil 9/2021 * Dikeluarkan pada 16 Oktober 2021

TeknologiPendidikanBil 9/2021 * Dikeluarkan pada 16 Oktober 2021
zoom_out_map

Mengembalikan Suara Guru Dengan Apps Mote

Ramai guru yang berasa terancam apabila mereka mengajar secara dalam talian disebabkan mereka kehilangan satu perkara besar bagi seorang guru - suara! Justeru, Mote hadir sebagai satu sambungan (extension) dalam Google Chrome, bagi memberikan guru suara yang diperlukan merentasi laman web, sama ada di dalam Google Classroom, Google Form, dan lain-lain.

zoom_out_map

Menginstall Mote

Mote perlu diinstall di dalam Google Chrome. Sambungan ini boleh dipindah turun daripada pautan berikut:

https://chrome.google.com/webstore/detail/mote-voice-notes-feedback/ajphlblkfpppdpkgokiejbjfohfohhmk


Setelah menginstall sambungan Mote, pengguna akan dibawa ke muka hadapan mote-com/login. Langkah pertama ialah menekan umur iaitu 18+ (bagi guru), dan 0-17 (bagi pelajar). Ini disebabkan Mote memberikan pengalaman berbeza berdasarkan umur, serta peraturan keselamatan Internet.


Setelah itu, pengguna akan dibawa ke laman “Sign in with Google”. Sila klik pada butang pengisytiharan dan klik pada “Sign in with Google”.


Pengguna akan diminta untuk memberikan kebenaran tambahan berkaitan akaun. Tekan teruskan.


Terdapat 3 pakej yang boleh dipilih, dan sudah tentu pakej percuma yang menjadi pilihan para guru.


Dengan pakej percuma, guru dapat menambah suara dengan maksimum 30 saat di mana-mana laman web, termasuk aplikasi Google Classroom, Slides, Docs, Sheets, Forms atau Gmail.

zoom_out_map

Menggunakan Mote

Dengan menggunakan Mote, guru boleh menggunakan suara untuk:


  1. Merakam maklum balas terhadap hasil kerja pelajar dalam Google Docs.
  2. Memberikan komen atau ulasan dalam Google Classroom.
  3. Memberikan arahan tugasan dalam Google Slides.
  4. Menghantar e-mel menerusi Gmail.
  5. Merakam suara di mana-mana laman web menggunakan Motepad.


Setiap rakaman suara boleh dikongsi menggunakan pautan atau kod QR, serta boleh dipindah turun (jika perlu).


Para pembaca boleh mengimbas kos QR di sebelah untuk mendengar contoh rakaman suara menggunakan Mote. Setelah mengimbas, paparan di bawah akan kelihatan. Klik untuk memainkan audio.

Senarai Rakaman Suara

Setelah pengguna membuat rakaman suara, semua rakaman tersebut akan disenaraikan dalam satu halaman “My activity”. Terdapat dua cara untuk pergi ke halaman “My activity” ini:

1. Dengan menekan butang sambungan (extensions) pada Google Chrome > sambungan Mote > My activity & engagement.

2. Setelah log masuk ke mote.com, pada “Account” di sebelah kanan atas, klik pada “Account” > My Activity.


Pada laman “My activity”, akan disenaraikan semua rakaman suara menggunakan Mote mengikut kronologi tarikh dan masa, dengan rakaman terkini berada di atas. Jika ada rakaman suara yang ingin dipadam, boleh pilih pada “Availability” dan tukar kepada “Delete”. Ikut arahan keselamatan untuk memadam.


Dengan senarai ini, pengguna boleh mendengar kembali semua rakaman suara yang dihasilkan, memindah turun rakaman, berkongsi rakaman dan lain-lain.

zoom_out_map

Menggunakan “Account” untuk ke “My activity”

zoom_out_map

Menggunakan butang sambungan untuk ke “My activity”

zoom_out_map

Contoh paparan halaman “My activity”

Khidmat Latihan

Penulis menyediakan khidmat latihan untuk menggunakan Mote. Justeru, guru atau sekolah yang memerlukan khidmat latihan ini bolehlah menghubungi penulis untuk perbincangan lanjut.
Nama Latihan: Menggunakan Mote
Tempoh: minimum 1 jam

Peserta: tiada had
Mod latihan: Bersemuka atau dalam talian.
Keperluan: Peserta memerlukan komputer atau laptop DAN talian Internet yang stabil.

zoom_out_map

Info Penulis

Artikel ini ditulis oleh Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin, guru Bahasa Jepun SMK Bukit Sentosa, 48300 Rawang, Selangor. Beliau ialah Google for Education Certified Trainer, Microsoft Certified Educator, dan Apple Teacher.


Penulis mengalu-alukan sebagai teguran, cadangan atau maklum balas daripada semua.

Email: g-81383682@moe-dl.edu.my
Website: https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/adlan/home
Location: SMK Bukit Sentosa, Bandar Bukit Beruntung, Rawang, Selangor, Malaysia
Phone: 017-6192624
Facebook: https://www.facebook.com/adoufr
Twitter: @AdlanMOE

Arkib Risalah Teknologi Pendidikan

Edisi 8/ 2021 Google Calendar

Edisi 7/ 2021 Google Meet Untuk Mesyuarat Agung PIBG

Edisi 6/ 2021 Pensijilan Google for Education Certified Educator

Edisi 5/ 2021 Google Jamboard

Edisi 4/ 2021 Breakout Rooms dalam Google Meet

Edisi 3/ 2021 Google Meet

Edisi 2/ 2021 Google Drive

Edisi 1/ 2021 Google Classroom
Loading indicator

close

Created with

Communicate quickly and effectively with interactive newsletters.

Smore empowers educators to connect with their community, streamline school communications,
and increase engagement.

Create a newsletter