Smore logo
remove_red_eye 474
page background

Teknologi Pendidikan

Bil 10/2021 * Dikeluarkan pada 23 Oktober 2021

TeknologiPendidikanBil 10/2021 * Dikeluarkan pada 23 Oktober 2021
zoom_out_map

Google Docs Untuk Soalan Peperiksaan

Ramai guru yang perlu menghasilkan soalan peperiksaan atau ujian, dan apps yang mereka gunakan biasanya ialah Microsoft Word. Walau bagaimanapun, dengan persekitaran Google, guru boleh menaip dan menghasilkan soalan peperiksaan atau ujian dengan menggunakan Google Docs.


Realitinya, biasanya guru yang membuat soalan peperiksaan ini bekerja dalam keseorangan untuk menghasilkan semua soalan. Sebahagian sekolah membuat pembahagian tugas, siapa yang bertanggungjawab untuk membuat soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun, dan siapa yang bertanggungjawab untuk membuat soalan Peperiksaan Akhir Tahun. Begitu juga apabila ada ujian, seorang lagi guru akan ditugaskan seorang diri untuk menghasilkan soalan.


Hal ini boleh diubah dengan menggunakan fungsi "Share" dalam Google Docs. Dengan fungsi kongsi ini, guru boleh bekerjasama dalam satu panitia untuk menghasilkan soalan bersama-sama. Kerjasama ini boleh dibuat dalam pelbagai cara, antaranya:


1. Mengikut bahagian. Seorang guru bertanggungjawab menghasilkan soalan Bahagian A, seorang lagi Bahagian B, dan seterusnya.


2. Mengikut jumlah soalan. Seorang guru bertanggungjawab menghasilkan soalan 1 hingga 25, seorang lagi soalan 26 hingga 50, dan seterusnya.


3. Menghasilkan banyak soalan bersama-sama, kemudian, soalan tertentu dipilih untuk disoal, dan soalan baki dimasukkan ke dalam Bank Soalan.


4. Soalan dibuat oleh guru pembuat soalan, kemudian soalan disemak oleh guru lain.

zoom_out_map

Memulakan & Berkongsi Google Docs

Google Docs boleh diakses dengan pelbagai pintu masuk, antaranya:


1. Menaip docs.google.com

2. Tekan butang sembilan di bahagian kanan atas, dan pilih Google Docs

3. Apps Docs di telefon bimbit atau iPad


  • Guru memulakan fail baharu dengan menekap butang tambah.


  • Taipkan nama fail.


  • Tekan butang “Share” berwarna biru di bahagian atas kanan. Alternatif: File > Share.


  • Tekan bahagian bawah “Share with Ministry of Education Malaysia”.


  • Di bahagian kanan, tukar daripada “Viewer” kepada “Editor” bagi memberikan kebenaran untuk melakukan suntingan.


  • Tekan butang biru “Copy link”, dan tekan “Done”.


  • Tampal pautan tadi di WhatsApp atau Telegram Panitia, atau kepada guru terlibat, dengan menekan CTRL + V atau “Paste”.


Dengan cara ini, fail ini sudah boleh digunakan untuk menghasilkan soalan secara bersama-sama dalam satu panitia, atau mungkin juga dengan panel dari seluruh negeri atau negara.

Format Kertas Soalan

Dalam menghasilkan bahan pendidikan, sama ada nota atau soalan, yang penting ialah guru memulakan dengan menaip isi, nota atau soalan tersebut.


Format boleh diabaikan dahulu, dan dibaiki di sepanjang proses, atau di hujung.


Formating yang guru perlu tahu, antaranya:


  • File > Page setup > Paper size > A4 > OK. Ini bagi menetapkan saiz kertas iaitu saiz A4 yang biasa digunakan untuk nota atau peperiksaan.


  • Format > Page numbers > Position > Footer > Apply. Ini bagi menambah nombor muka surat di bahagian bawah.


  • Format > Text > … Ini bagi menukar format huruf atau tulisan dengan huruf tebal (bold), huruf condong (Italic), huruf bergaris (underline), huruf dipotong (strikethrough), huruf kuasa di atas (superscript), huruf kuasa di bawah (subskrip). Format ini berguna untuk menyerlahkan sesuatu teks contohnya arahan, nama bahagian, atau fokus soalan seperti “melainkan”. Huruf kuasa di atas dan di bawah berguna untuk menulis formula.


  • Format > Align & indent > … Ini bagi menetapkan kedudukan teks sama ada rapat kiri, rapat kanan, ke tengah, dijajar kanan dan kiri. Kebiasaannya, semua teks akan dijajarkan kanan dan kiri, kecuali beberapa bahagian seperti tajuk di tengah.


  • Format > Columns > … Ini untuk membolehkan guru menghasilkan dua atau lebih lajur mengikut keperluan. Soalan objektif biasa menggunakan dua lajur untuk menjimatkan kertas.


  • Format > Paragraph styles > … Ini untuk membolehkan guru menetapkan sesuatu teks dengan gaya tertentu di sepanjang dokumen. Contohnya, semua tulisan bahagian (seperti Bahagian A, Bahagian B) akan menggunakan gaya “Heading 1”. Jadi, penetapan format bagi semua tulisan bahagian ini akan sama dengan hanya menekan gaya “Heading 1”. Gaya ini boleh diubah suai, dan semua teks yang menggunakan gaya ini akan berubah secara automatik.


  • Insert > Image > … Ini untuk memasukkan gambar, atau gambar rajah. Semua imej yang dimasukkan perlu ditetapkan lagi settingnya, contohnya menetapkan kedudukan gambar. Dengan Google Docs, gambar boleh ditetapkan sebagai dalam baris (in line), melitupi baris (wrap line), memisah teks (break text), di belakang teks, atau di hadapan teks. Di hujung tetapan ini, terdapat titik tiga dengan lebih banyak formating untuk imej.


  • Insert > Table > … Ini bagi membolehkan guru menghasilkan jadual.


  • Insert > Break > … Ini bagi membolehkan guru memisahkan halaman untuk paparan yang lebih baik. Pisah halaman (Page Break) ini menetapkan bahawa teks di halaman berikut tidak bercampur dengan teks di halaman sekarang, dengan hanya satu butang ringkas. Dengan fungsi ini, guru tidak lagi perlu menekan Enter berkali-kali, atau menyemak jika teks di halaman berikut berada di bahagian atas atau tidak.

Menyunting dan Memurnikan Soalan

Apabila soalan sudah ditaip, maka rakan kongsi boleh menggunakan dua butang (seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas) di bahagian kanan teks.


Butang pertama (berbentuk tambah), ialah untuk menambah komen. Komen ini boleh berfungsi untuk mengkritik, mencadangkan penambahbaikan, atau apa-apa nota. Justeru, ini satu bentuk kerjasama dalam panitia yang boleh digunakan, bagi memastikan soalan yang lebih berkualiti, bebas daripada kesilapan, dan menepati kehendak sukatan.


Di bahagian kanan kotak komen, terdapat tanda rait, dan ia ditekan jika komen tersebut sudah diambil tindakan.


Di sebelah tanda rait terdapat titik tiga, dan apabila titik tiga ini ditekan, komen boleh disunting atau dipadam.


Butang kedua (berbentuk pensel), ialah untuk mencadangkan penambahbaikan, iaitu dengan menaip terus ke dalam teks. Apps akan menukar warna teks yang ditaip kepada hijau, justeru penilai boleh memutuskan untuk menerima cadangan ini, atau tidak.


Di bahagian kanan, pada tanda rait, apabila ia ditekan, cadangan penambahbaikan akan terus dimasukkan, jadi, tiada sebarang taipan baharu perlu dilakukan. Walau bagaimanapun, jika tanda pangkah ditekan, cadangan itu akan ditolak, dan kotak cadangan akan hilang.


Kedua-dua butang ini sangat berguna semasa menyunting dan memurnikan soalan. Panel guru dalam panitia boleh bersama-sama memanfaatkan kedua-dua butang ini bagi menghasilkan soalan peperiksaan, ujian, atau apa-apa dokumen menggunakan Google Docs.


Selain itu, penyemak soalan atau pengesah soalan, yang biasanya Ketua Panitia atau Guru Kanan Mata Pelajaran (atau Ketua Bidang), boleh terus membaca soalan, menyemak dan mengesahkan soalan sebelum soalan itu dicetak. Ini bukan sahaja dapat menjimatkan kertas, malah ia dapat menjimatkan masa yang diambil untuk mencetak, menghantar untuk disemak, membuat pembetulan, dan menyemak kembali soalan.

Selesai Membuat Soalan

Setelah guru-guru selesai membuat soalan dan berpuas hati dengan suntingan dan pemurnian, langkah berikutnya, soalan itu bolehlah dioutputkan seperti berikut:


1. File > Download > … Guru boleh memindah turun fail ini dalam pelbagai format seperti *.docx, *.pdf, atau *.ePub. Fail PDF memudahkan penerima untuk melihat soalan dalam rupa sebenar, contohnya seperti kertas sebenar soalan peperiksaan. Fail ePub pula membolehkan fail dibaca dengan pembaca e-Book (e-book Reader) dan tulisan boleh dimanipulasi (dibesarkan atau dikecilkan) mengikut saiz skrin dan kehendak pembaca. Fail yang dipindah turun ini boleh dikongsi mengikut keperluan.


2. File > Print. Fungsi ini membolehkan guru terus mencetak soalan yang dihasilkan tanpa perlu dipindah turun, sekiranya komputer sudah dihubungkan dengan pencetak. Ini bermakna, dokumen yang dihasilkan dengan Google Docs boleh terus dicetak (di atas kertas, dengan menggunakan pencetak), terus dari apps Google Docs, tanpa perlu berpindah ke apps lain.

Khidmat Latihan

Penulis menyediakan khidmat latihan untuk menggunakan Google Docs. Justeru, guru atau sekolah yang memerlukan khidmat latihan ini bolehlah menghubungi penulis untuk perbincangan lanjut.
Nama Latihan: Menggunakan Google Docs Untuk Membuat Soalan Peperiksaan
Tempoh: minimum 1 jam

Peserta: tiada had
Mod latihan: Bersemuka atau dalam talian.
Keperluan: Peserta memerlukan komputer atau laptop DAN talian Internet yang stabil.

zoom_out_map

Info Penulis

Artikel ini ditulis oleh Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin, guru Bahasa Jepun SMK Bukit Sentosa, 48300 Rawang, Selangor. Beliau ialah Google for Education Certified Trainer, Microsoft Certified Educator, dan Apple Teacher.


Penulis mengalu-alukan sebagai teguran, cadangan atau maklum balas daripada semua.

Email: g-81383682@moe-dl.edu.my
Website: https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/adlan/home
Location: SMK Bukit Sentosa, Bandar Bukit Beruntung, Rawang, Selangor, Malaysia
Phone: 017-6192624
Facebook: https://www.facebook.com/adoufr
Twitter: @AdlanMOE

Arkib Risalah Teknologi Pendidikan

Edisi 9/ 2021 Mengembalikan Suara Guru Dengan Apps Mote

Edisi 8/ 2021 Google Calendar

Edisi 7/ 2021 Google Meet Untuk Mesyuarat Agung PIBG

Edisi 6/ 2021 Pensijilan Google for Education Certified Educator

Edisi 5/ 2021 Google Jamboard

Edisi 4/ 2021 Breakout Rooms dalam Google Meet

Edisi 3/ 2021 Google Meet

Edisi 2/ 2021 Google Drive

Edisi 1/ 2021 Google Classroom
Loading indicator

close

Created with

Communicate quickly and effectively with interactive newsletters.

Smore empowers educators to connect with their community, streamline school communications,
and increase engagement.

Create a newsletter