Smore logo
remove_red_eye 546
page background

Teknologi Pendidikan

Bil 3/2021 * Dikeluarkan pada 04 September 2021

TeknologiPendidikanBil 3/2021 * Dikeluarkan pada 04 September 2021
zoom_out_map

Google Meet

Google Meet ialah satu platform telesidang video (video conferencing) yang sangat berguna kepada guru dan pelajar. Guru boleh menggunakan Google Meet untuk melaksanakan kelas secara maya, untuk mengadakan mesyuarat sama ada di peringkat sekolah, panitia atau AJK kecil, atau sebagai medium untuk pementoran atau bimbingan satu kepada satu. Pelajar juga boleh menggunakan Google Meet untuk perbincangan kumpulan, menyiapkan kerja sekolah bersama-sama dengan rakan, atau untuk mesyuarat pengawas sekolah. Guru dan pelajar boleh mengakses Google Meet dengan menggunakan ID @moe-dl.edu.my yang dibekalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

zoom_out_map

Mencipta Pautan Google Meet

Ada beberapa cara untuk mencipta pautan Google Meet. Antaranya:

Pertama: Dari Google Classroom, tekan Settings, di bahagian General, tekan "Generate Meet Link" (di laptop), atau tekan titik tiga di hujung Meet video link (di telefon), dan "Create video call". Pautan Google Meet ini boleh direset setiap kali ingin digunakan, dan pilihan "Visible to students in classroom" boleh dilengaikan (untick).

Kedua: Buka Gmail, di bar di bahagian bawah, pilih ikon kamera. Boleh pilih "New Meeting" dan "Start an instant meeting" jika mahu terus mengadakan sesi, atau "Schedule in Google Calendar" jika ia dirancangkan untuk masa depan. Apps Calendar akan dibuka, dan masukkan butir-butir.

Ketiga: Buka Google Meet, pilih "New Meeting" dan "Start an instant meeting" atau "Schedule in Google Calender" seperti di atas.

Keempat: Buka Google Calendar, tekan tanda tambah, pilih "Event", isikan butir-butir yang diperlukan terutamanya tarikh dan masa. Tekan "Add video conferencing".

zoom_out_map

Mengoptimumkan Google Meet

Dengan menggunakan Google Meet, guru boleh bersemuka dengan pelajar dalam sesi pengajaran. Selain itu, guru boleh menunjukkan buku teks digital, slaid, laman web dan pelbagai sumber pembelajaran. Untuk mengakses dan menggunakan secara optimum fungsi-fungsi yang disediakan untuk guru dalam Google Meet, maka guru perlulah mengambil beberapa tindakan seperti berikut:

1. Mencipta sendiri pautan baru untuk setiap sesi kelas yang akan diajar. Sebaik-baik, pautan hendaklah dicipta 10 minit sebelum sesi. Guru perlu masuk dahulu ke dalam Google Meet, dan barulah berkongsi pautan dengan pelajar.

2. Tidak menggunakan pautan yang sama dua kali. Ini bagi menjamin kelancaran sesi yang akan dilaksanakan sama ada daripada digodam, atau fungsi pemilik diambil alih.

3. Jika perlu menyediakan pautan lebih awal, buat pautan menggunakan Google Calendar bagi mengelakkan guru kehilangan pautan tersebut dan menjamin fungsi pemilik dipunyai oleh guru.

zoom_out_map

Rakaman Google Meet

Guru yang mengajar dengan Google Meet boleh merekod sesi pengajaran mereka, sekali gus menjadi koleksi berharga untuk subjek yang diajar. Rakaman Google Meet adalah berguna untuk tujuan seperti:

  • Memuat naik video pengajaran tersebut ke YouTube dan menghasilkan satu saluran (channel) atau senarai (playlist) bagi subjek yang diajar. Ini akan menambah koleksi bahan pengajaran yang dapat disebarluaskan untuk dirujuk dan digunakan oleh guru-guru lain.
  • Dijadikan bahan untuk perbincangan kritik video sebagai aktiviti PLC panitia, sekali gus dapat mengesan aspek yang boleh dibaiki oleh guru dalam pengajaran.
  • Dikongsi dengan pelajar, misalnya di dalam Google Classroom, bagi membolehkan pelajar yang sakit atau tidak hadir untuk menonton video tersebut pada masa lain dan mengelakkan keciciran.

Fungsi Google Meet

  1. Menggunakan Google Meet, guru boleh menggunakan pelbagai fungsi yang ada mengikut kesesuaian. Antara fungsi yang ada:

    1. Mikrofon. Boleh dihidupkan untuk bercakap, atau ditutup apabila tidak perlu bercakap. Adalah digalakkan untuk menutup mikrofon sepanjang masa, melainkan perlu untuk bercakap bagi mengelakkan bunyi latar.
    2. Video. Boleh dihidupkan untuk menunjukkan wajah, atau dimatikan apabila paparan wajah tidak diperlukan.
    3. Kapsyen. Boleh dihidupkan apabila sesi menggunakan bahasa Inggeris, Perancis atau Jerman. Ia akan mentranskripsikan ucapan dalam bahasa Inggeris, Perancis atau Jerman ke bentuk tulisan. Senarai bahasa dalam kapsyen ini sentiasa dikemas kini oleh Google, justeru perlu melihat senarai bahasa terkini yang boleh dikapsyenkan.
    4. Angkat tangan. Boleh ditekan apabila ingin menyampuk semasa sesi Google Meet sedang berlangsung, seperti ingin bertanya atau memberikan pendapat.
    5. Bentang. Lebih mesra dipanggil "berkongsi skrin". Semasa ingin membentang, boleh memilih sama ada "a tab", "a window" atau "entire screen". "A tab" untuk menunjukkan tab lain seperti YouTube atau laman web. "A window" untuk menunjukkan tetingkap lain seperti fail PowerPoint, Word atau PDF. "Entire Screen" untuk menunjukkan keseluruan paparan di skrin komputer.
    6. Titik tiga. Mempunyai pilihan lebih banyak fungsi seperti Whiteboard (iaitu menggunakan Jamboard), Record Meeting (untuk merakam sesi), Change Layout (untuk menukar reka letak), Full Screen (untuk paparan skrin penuh), Change Background (untuk menukar paparan latar ke gambar atau video), Captions (rujuk Kapsyen).
    7. Keluar. Butang "Leave call" untuk menamatkan sesi atau meninggalkan sesi.
    8. Papar semua peserta. Butang "Show everyone" untuk memaparkan senarai nama peserta sesi. Boleh digunakan untuk mengepin seseorang peserta ke layar utama, atau membisukan (mute) mana-mana peserta, atau menjadikan mana-mana peserta sebagai hos.
    9. Sembang. Butang "Chat with everyone" untuk menaip apa-apa mesej semasa sesi. Hos boleh mengawal sama ada membenarkan peserta menaip sembang mereka atau tidak.
    10. Aktiviti. Mengandungi pelbagai fungsi tambahan seperti Breakout Rooms (untuk memecahkan peserta kepada kumpulan kecil), Polls (untuk mengundi cadangan atau keputusan), Q&A (untuk peserta bertanya soalan secara bertaip tanpa mengganggu sesi), Recording (untuk merakam sesi), Whiteboarding (untuk menggunakan Jamboard).
    11. Kawalan Hos. Butang "Host Control" untuk mengawal sama ada peserta boleh berkongsi layar atau tidak, boleh menaip sembang atau tidak, serta butang Quick Access. Butang Quick Access ini perlu dihidupkan untuk memudahkan guru dan murid yang menggunakan ID @moe-dl.edu.my masuk secara automatik.
zoom_out_map

Info Penulis

Artikel ini ditulis oleh Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin, guru Bahasa Jepun SMK Bukit Sentosa, 48300 Rawang, Selangor. Beliau ialah Google for Education Certified Trainer, Microsoft Certified Educator, dan Apple Teacher.


Penulis mengalu-alukan sebagai teguran, cadangan atau maklum balas daripada semua.

Email: g-81383682@moe-dl.edu.my
Website: https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/adlan/home
Location: SMK Bukit Sentosa, Bandar Bukit Beruntung, Rawang, Selangor, Malaysia
Phone: 017-6192624
Facebook: https://www.facebook.com/adoufr
Twitter: @AdlanMOE

Arkib Risalah Teknologi Pendidikan

Edisi 2/ 2021 Google Drive

Edisi 1/ 2021 Google Classroom
Loading indicator

close

Created with

Communicate quickly and effectively with interactive newsletters.

Smore empowers educators to connect with their community, streamline school communications,
and increase engagement.

Create a newsletter