Smore logo
remove_red_eye 630
page background

Teknologi Pendidikan

Bil 1/2021 * Dikeluarkan pada 21 Ogos 2021

TeknologiPendidikanBil 1/2021 * Dikeluarkan pada 21 Ogos 2021
zoom_out_map

Google Classroom

Google Classroom ialah satu platform bagi guru untuk menyediakan bahan pengajaran kepada pelajar, sama ada video pengajaran, nota, bahan rujukan serta tugasan. Justeru, ia memudahkan guru untuk menyimpan bahan pengajaran mereka, di samping menjadi bukti sesi pengajaran yang mereka lakukan.
zoom_out_map

Kelas dalam Google Classroom

Pelbagai kelas boleh diwujudkan sama ada bagi subjek yang diajar, atau untuk pentadbiran. Guru perlu menamakan kelas mengikut subjek yang diajar diikuti dengan nama kelas, contohnya “Sejarah 1 Melati”, “Geografi 1 Uranus”, atau “Matematik 1 Hidrogen”. Ini kerana dalam paparan pelajar, mereka akan melihat label kelas ini dahulu, justeru memudahkan pelajar melihat subjek yang ingin dipelajari. Setiap guru mencipta Kelas sendiri mengikut subjek dan kelas yang diajar.
zoom_out_map

Pelbagai aktiviti menggunakan Stream

Tab Stream membolehkan guru berkongsi pelbagai berita, info terkini, maklumat pertandingan dan lain-lain yang tidak memerlukan respons daripada setiap pelajar. Pelajar juga boleh memulakan perbincangan di dalam Google Classroom, contohnya untuk berkongsi bahan yang dijumpai di Internet, atau berbincang tentang projek PBS yang ingin dilaksanakan. Guru boleh mengeset sama ada pelajar boleh memulakan bebenang baharu atau tidak dalam Settings, bergantung kepada keperluan kelas.
zoom_out_map

Latihan mengikut bab atau tema

Guru boleh menyediakan latihan untuk pelajar, dan kemudian menyusun latihan tersebut mengikut bab atau tema. Kesemua latihan ini boleh diakses mengikut masa pelajar, jadi jika ada pelajar yang tertinggal kerana sakit atau bercuti, mereka boleh melihat apakah tugasan yang seharusnya mereka selesaikan. Guru boleh melampirkan pelbagai media untuk membantu pelajar menyelesaikan latihan, sama ada audio (suara, muzik), video (sendiri atau YouTube), gambar (lukisan, foto), hamparan kerja (Docs, Slide, Sheets) atau PDF.

Beberapa kelebihan menggunakan Google Classroom

  1. Boleh diakses daripada sebarang peranti, sama ada laptop, tablet, iPad, atau telefon bimbit.
  2. Semua bahan pengajaran disimpan di satu tempat, sama ada video pengajaran, nota, atau latihan.
  3. Bahan pengajaran boleh diguna semula, sama ada secara terus atau diubah suai.
  4. Bahan dalam Google Classroom di Google Drive, justeru ia tidak hilang, dan boleh diakses pada bila-bila masa.
  5. Guru boleh menunjukkan bukti pengajaran dan hasil kerja pelajar apabila diperlukan dengan hanya membuka Google Classroom.
  6. Mengurangkan penggunaan media sosial peribadi (seperti WhatsApp dan Telegram) dalam pengajaran, sekali gus menjamin privasi guru.
zoom_out_map

Info Penulis

Artikel ini ditulis oleh Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin, guru Bahasa Jepun SMK Bukit Sentosa, 48300 Rawang, Selangor. Beliau ialah Google for Education Certified Trainer, Microsoft Certified Educator, dan Apple Teacher.


Penulis mengalu-alukan sebagai teguran, cadangan atau maklum balas daripada semua.

Email: g-81383682@moe-dl.edu.my
Website: https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/adlan/home
Location: SMK Bukit Sentosa, Bandar Bukit Beruntung, Rawang, Selangor, Malaysia
Phone: 017-6192624
Facebook: https://www.facebook.com/adoufr
Twitter: @AdlanMOE

Loading indicator

close

Created with

Communicate quickly and effectively with interactive newsletters.

Smore empowers educators to connect with their community, streamline school communications,
and increase engagement.

Create a newsletter