Smore logo
remove_red_eye 485
page background

Teknologi Pendidikan

Bil 18/2021 * Dikeluarkan pada 18 Disember 2021

TeknologiPendidikanBil 18/2021 * Dikeluarkan pada 18 Disember 2021
zoom_out_map

Google Earth untuk Melancong & Pendidikan

Google Earth adalah satu apps yang boleh diakses dengan telefon, tablet atau komputer. Ia membolehkan kita melihat bumi dari pelbagai aspek, termasuk dari angkasa lepas. Jika digunakan dengan betul, Google Earth boleh dimanfaatkan untuk pelbagai subjek, sama ada oleh guru atau pelajar.

Mengakses Google Earth

Google Earth boleh diakses secara percuma melalui beberapa pintu masuk seperti berikut:


1. Menaip URL https://earth.google.com/web/


2. Memuat turun apps Google Earth.

Android

iOS


3. Melalui portal DELIMa moe-dl.edu.my. Log masuk. Pada menu guru, pilih 6. Aplikasi. Tekan pada logo Google di bahagian atas. Pilih 6. Earth.


4. Daripada sebarang apps Google, tekan titik sembilan, pilih Earth.

Idea Penggunaan Google Earth dalam Pengajaran

1. Pendidikan Islam. Dalam subjek pendidikan Islam, ada banyak tempat, lokasi dan kawasan yang disebut di dalam sukatan, seperti Makkah, Madinah, Baitu l-Maqdis dan lain-lain. Guru Pendidikan Islam boleh membawa pelajar mengembara ke lokasi tersebut bagi melihat bagaimana keadaan muka bumi di situ. (Lihat video contoh di bawah). Jika guru ingin mengajar tentang haji atau `umrah, Google Earth sangat membantu.


2. Sejarah. Subjek sejarah paling banyak faedah jika menggunakan Google Earth. Tempat-tempat yang disebut di dalam buku teks kebanyakannya tidak diketahui oleh pelajar. Guru boleh membawa pelajar mengenali di mana tamaddun dunia bermula dengan mengembara menggunakan Google Earth ke tempat-tempat tersebut. Justeru, kini, guru boleh bersama-sama melancong dengan para pelajar ke pelbagai tempat.


3. Geografi. Apabila guru mengajar tentang bentuk muka bumi, ia hanya satu ilmu tanpa perkaitan dengan realiti. Semasa mengajar tentang delta, tebing tinggi, dan pelbagai bentuk bumi, guru boleh membawa pelajar terus ke tempat-tempat tersebut, justeru pelajar dapat melihat secara visual apa yang ingin diajar. Begitu juga dengan banjaran gunung, gurun, kawasan Prairie, kesemua ini boleh ditunjukkan kepada pelajar terus menggunakan Google Earth.


4. Bahasa Melayu. Kita selalu mendengar pantun, “Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga” tetapi di manakah Pulau Pandan atau Gunung Daik itu? Guru boleh menunjukkan keindahan bahasa Melayu dan menunjukkan ciri Lingua Franca bahasa Melayu dengan menggunakan Google Earth bagi menunjukkan di mana lokasi Pulau Pandan dan Gunung Daik. Jangan terkejut jika “Pulau Pandan” dalam pantun itu tidak berada di tengah laut!

Google Earth - Mengembara ke Makkah

Khidmat Latihan

Penulis menyediakan khidmat latihan berkaitan Google dan aplikasinya berdasarkan keperluan guru, pelajar dan sekolah. Justeru, guru atau sekolah yang memerlukan khidmat latihan ini bolehlah menghubungi penulis untuk perbincangan lanjut.
Nama Latihan: (bergantung kepada keperluan)
Tempoh: minimum 60 minit

Peserta: tiada had
Mod latihan: Bersemuka atau dalam talian.
Keperluan: Peserta memerlukan peranti yang bersesuaian dan talian Internet.

zoom_out_map

Info Penulis

Artikel ini ditulis oleh Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin, guru Bahasa Jepun SMK Bukit Sentosa, 48300 Rawang, Selangor. Beliau ialah Google for Education Certified Trainer, Microsoft Certified Educator, dan Apple Teacher.


Penulis mengalu-alukan sebagai teguran, cadangan atau maklum balas daripada semua.

Email: g-81383682@moe-dl.edu.my
Website: https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/adlan/home
Location: SMK Bukit Sentosa, Bandar Bukit Beruntung, Rawang, Selangor, Malaysia
Phone: 017-6192624
Facebook: https://www.facebook.com/adoufr
Twitter: @AdlanMOE

Arkib Risalah Teknologi Pendidikan

Edisi 17/ 2021 Menggunakan ID DELIMa di Gmail

Edisi 16/ 2021 Menghasilkan Kod QR dengan Google Chrome

Edisi 15/ 2021 Meningkatkan Keilmuan dengan Google Scholar

Edisi 14/ 2021 Menggunakan Google Calendar Sebagai Takwim Sekolah

Edisi 13/ 2021 Menghasilkan Mesej Telefon untuk Pendidikan

Edisi 12/ 2021 Pensijilan Apple Teacher

Edisi 11/ 2021 Menyimpan Sumber Internet Dengan Wakelet

Edisi 10/ 2021 Google Docs Untuk Soalan Peperiksaan

Edisi 9/ 2021 Mengembalikan Suara Guru Dengan Apps Mote

Edisi 8/ 2021 Google Calendar

Edisi 7/ 2021 Google Meet Untuk Mesyuarat Agung PIBG

Edisi 6/ 2021 Pensijilan Google for Education Certified Educator

Edisi 5/ 2021 Google Jamboard

Edisi 4/ 2021 Breakout Rooms dalam Google Meet

Edisi 3/ 2021 Google Meet

Edisi 2/ 2021 Google Drive

Edisi 1/ 2021 Google Classroom
Loading indicator

close

Created with

Communicate quickly and effectively with interactive newsletters.

Smore empowers educators to connect with their community, streamline school communications,
and increase engagement.

Create a newsletter