Smore logo
remove_red_eye 383
page background

Teknologi Pendidikan

Bil 19/2021 * Dikeluarkan pada 25 Disember 2021

TeknologiPendidikanBil 19/2021 * Dikeluarkan pada 25 Disember 2021
zoom_out_map

Google Translate untuk Mengatasi Masalah Bahasa

Google Translate adalah satu apps yang sangat berguna untuk mengatasi masalah berkaitan bahasa. Di Malaysia, Bahasa Melayu adalah bahasa utama, dan ramai antara guru atau pelajar yang menghadapi masalah apabila terpaksa berhadapan dengan bahan dalam Bahasa Inggeris.


Apabila guru-guru berhadapan dengan pelajar contohnya daripada bangsa Cina dan India yang tidak fasih bahasa Melayu, jurang bahasa menjadi sangat besar untuk pengajaran. Di sini, Google Translate boleh membantu untuk mengatasi masalah bahasa yang timbul.

Memulakan Google Translate

Google Translate boleh dimulakan dengan pelbagai cara. Antaranya:


1. Menaip URL https://translate.google.com/


2. Memuat turun apps Google Translate.

Android

iOS


3. Melalui portal DELIMa moe-dl.edu.my. Log masuk. Pada menu guru, pilih 6. Aplikasi. Tekan pada logo Google di bahagian atas. Pilih 5. Translate.


4. Daripada sebarang apps Google, tekan titik sembilan, pilih Translate.

Menggunakan Google Translate di Sekolah

Apabila sekolah mempunyai pelajar yang menghadapi masalah bahasa, khususnya daripada bangsa Cina dan India, pihak sekolah boleh membantu pelajar ini dengan memperkenalkan mereka kepada apps Google Translate.


Ini bagi membolehkan pelajar ini menterjemah apa-apa makluman, mesej dan lain-lain pemberitahuan daripada pihak sekolah atau guru, daripada bahasa Melayu yang tidak difahami oleh mereka, ke dalam bahasa asal mereka sama ada bahasa Cina atau Tamil.


Ia juga berguna bagi pelajar khususnya Cina atau India yang buta huruf Bahasa Melayu, kerana Google Translate membolehkan mereka “mendengar” apa-apa yang dihantar oleh pihak sekolah. Google Translate membolehkan mereka “mendengar” dalam Bahasa Melayu, atau menterjemah ke bahasa Inggeris, Cina atau Tamil. Terjemahan ini juga boleh dibaca atau “didengar” oleh mereka.

Google Translate - Menggunakan Google Translate untuk Sekolah

Idea Penggunaan Google Translate untuk Pengajaran

Sebelum menggunakan Google Translate untuk pengajaran, guru hendaklah mengetahui bahawa Google Translate bukanlah terjemahan yang sempurna, justeru, ia tidak boleh digunakan untuk tujuan rasmi.


Justeru, adalah lebih baik jika pihak sekolah mengajar pelajar-pelajar yang memerlukannya, agar mereka atau keluarga mereka boleh memahami apa-apa makluman daripada pihak sekolah dengan lebih baik.


Untuk pengajaran, Google Translate boleh digunakan untuk subjek-subjek bahasa, seperti bahasa Melayu, Inggeris, Cina, Tamil, `Arab, Jepun, Perancis, Jerman dan Korea yang ada di sekolah-sekolah, atau sebarang bahasa yang diperlukan.


Malah, untuk semua subjek, apabila muncul perkataan sama ada dalam bahasa Melayu atau Inggeris yang tidak difahami oleh pelajar, Google Translate boleh digunakan sebagai alat bantuan.


Perlu diingatkan bahawa Google Translate tidak boleh digunakan untuk menulis karangan, contohnya menulis dalam Bahasa Melayu dan menterjemahkannya ke bahasa Inggeris. Hal ini penting agar pelajar tidak menyalahgunakan apps ini semasa menulis karangan.


Secara am, Google Translate boleh digunakan seperti berikut:


1. Sebagai kamus ekabahasa. Google Translate boleh menjadi kamus ekabahasa (tesaurus) untuk semua subjek bahasa. Dengan menaip satu perkataan dalam sebarang bahasa yang dikehendaki, perkataan itu boleh diketahui sebutannya (dengan menekan butang suara). Selain itu, kategori kata (seperti kata nama (noun), kata kerja (verb)) boleh dipelajari selain maksud perkataan. Google Translate juga menyediakan sinonim bagi perkataan tersebut, justeru ia sangat berguna sama ada bagi guru Bahasa Melayu, atau bahasa Inggeris, atau sebarang bahasa.


2. Sebagai penterjemah. Fungsi ini lebih diketahui kerana namanya iaitu Google Translate menunjukkan fungsinya sebagai penterjemah. Namun, ramai yang tidak memanfaatkan teknologi ini dengan sepenuhnya, contohnya menggunakan Google Translate untuk menterjemah bahan-bahan atau ramuan dalam sesuatu makanan sebelum membeli makanan.


Jika menggunakan apps Google Translate di telefon, pengguna boleh menggunakan butang kamera di bahagian bawah untuk menterjemah. Setelah menekan butang kamera, pengguna hanya perlu menghalakan kamera telefon bimbit ke mana-mana teks untuk menterjemahnya secara automatik.


Justeru, dengan teknologi ini, sebarang tulisan dalam bahasa yang tidak difahami, sama ada resipi, kandungan dalam makanan, atau berita boleh dibaca dalam bahasa yang kita fahami, sekali gus menghapuskan jurang bahasa.


Guru-guru yang suka melancong ke luar negara juga boleh menggunakan Google Translate ini semasa membeli makanan untuk mengetahui status halal berdasarkan kandungan pada label, atau membaca papan tanda serta teks yang tidak difahami.


3. Sebagai jurubahasa. Dengan menggunakan apps Google Translate di telefon pintar, pengguna boleh menekan butang “Conversation” untuk menterjemah perbualan dalam bahasa yang tidak difahami. Pengguna boleh memilih sama ada terjemahan sehala (contohnya bahasa Jepun - Bahasa Melayu), atau “Both” iaitu kedua-dua bahasa diterjemahkan.


Fungsi ini sangat berguna jika pengguna perlu menterjemah “suara” atau “audio”, iaitu bukan tulisan atau bahan bercetak.


Dengan fungsi ini, dua orang yang berlainan bahasa boleh duduk sebelah menyebelah dan bercakap dengan bantuan Google Translate.

Khidmat Latihan

Penulis menyediakan khidmat latihan berkaitan Google dan aplikasinya berdasarkan keperluan guru, pelajar dan sekolah. Justeru, guru atau sekolah yang memerlukan khidmat latihan ini bolehlah menghubungi penulis untuk perbincangan lanjut.
Nama Latihan: (bergantung kepada keperluan)
Tempoh: minimum 60 minit

Peserta: tiada had
Mod latihan: Bersemuka atau dalam talian.
Keperluan: Peserta memerlukan peranti yang bersesuaian dan talian Internet.

zoom_out_map

Info Penulis

Artikel ini ditulis oleh Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin, guru Bahasa Jepun SMK Bukit Sentosa, 48300 Rawang, Selangor. Beliau ialah Google for Education Certified Trainer, Microsoft Certified Educator, dan Apple Teacher.


Penulis mengalu-alukan sebagai teguran, cadangan atau maklum balas daripada semua.

Email: g-81383682@moe-dl.edu.my
Website: https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/adlan/home
Location: SMK Bukit Sentosa, Bandar Bukit Beruntung, Rawang, Selangor, Malaysia
Phone: 017-6192624
Facebook: https://www.facebook.com/adoufr
Twitter: @AdlanMOE

Arkib Risalah Teknologi Pendidikan

Edisi 18/ 2021 Google Earth untuk Melancong & Pendidikan

Edisi 17/ 2021 Menggunakan ID DELIMa di Gmail

Edisi 16/ 2021 Menghasilkan Kod QR dengan Google Chrome

Edisi 15/ 2021 Meningkatkan Keilmuan dengan Google Scholar

Edisi 14/ 2021 Menggunakan Google Calendar Sebagai Takwim Sekolah

Edisi 13/ 2021 Menghasilkan Mesej Telefon untuk Pendidikan

Edisi 12/ 2021 Pensijilan Apple Teacher

Edisi 11/ 2021 Menyimpan Sumber Internet Dengan Wakelet

Edisi 10/ 2021 Google Docs Untuk Soalan Peperiksaan

Edisi 9/ 2021 Mengembalikan Suara Guru Dengan Apps Mote

Edisi 8/ 2021 Google Calendar

Edisi 7/ 2021 Google Meet Untuk Mesyuarat Agung PIBG

Edisi 6/ 2021 Pensijilan Google for Education Certified Educator

Edisi 5/ 2021 Google Jamboard

Edisi 4/ 2021 Breakout Rooms dalam Google Meet

Edisi 3/ 2021 Google Meet

Edisi 2/ 2021 Google Drive

Edisi 1/ 2021 Google Classroom
Loading indicator

close

Created with

Communicate quickly and effectively with interactive newsletters.

Smore empowers educators to connect with their community, streamline school communications,
and increase engagement.

Create a newsletter