Teknologi Pendidikan
Bil 12/2021 * Dikeluarkan pada 06 November 2021
Pensijlan Apple Teacher
Ramai guru yang memiliki peranti Apple, sama ada iPhone, iPad, atau MacBook. Namun, mereka menggunakan peranti Apple dengan minimum, tanpa mengetahui kelebihan peranti yang mereka ada, dan potensi yang boleh dikembangkan melalui peranti masing-masing.
Pengguna iPhone, secara asas, ia digunakan untuk membuat panggilan, menghantar mesej, menggunakan WhatsApp atau Telegram, serta Internet sahaja.
Pengguna iPad, biasanya digunakan untuk menonton filem, selain bermain permainan video.
Pengguna MacBook, barangkali ia hanya digunakan sepertimana pengguna laptop biasa.
Walaupun tiada salah dengan cara penggunaan ini, namun, sebenarnya, pengguna peranti Apple mempunyai beberapa kelebihan lain yang perlu diterokai untuk mengoptimumkan harga peranti Apple yang biasanya lebih mahal daripada peranti lain.
Antara cara untuk mengetahui potensi peranti Apple adalah dengan mengambil pensijilan Apple Teacher secara percuma.
Mencipta Apple ID
Untuk memulakan perjalanan sebagai Apple Teacher, semua guru boleh mengambil pensijilan ini, walaupun tanpa memiliki sebarang peranti Apple.
Langkah pertama ialah pergi ke halaman Apple Teacher di bawah:
https://appleteacher.apple.com/#/home/resources
Setelah itu, pergi ke kad “Become a member”. Guru boleh membaca kelebihan menyertai komuniti Apple Teacher di laman ini. Seterusnya pergi ke kad “Sign up now”, dan pilih “Sign up”.
Anda akan dibawa ke halaman untuk memasukkan Apple ID. Bagi pengguna peranti Apple sedia ada, anda boleh terus memasukkan Apple ID anda. Bagi bukan pengguna Apple, atau yang baharu mahu mencuba, klik di bahagian bawah pada “Do not have an Apple ID? Create yours now”.
Di halaman “Create your Apple ID”, isikan maklumat dan butiran yang diperlukan.
Perjalanan sebagai Apple Teacher
Dengan Apple ID yang ada, sila ke laman Apple Teacher semula.
Pilih kad “Your Apple Teacher Journey”. Di laman ini, terdapat pilihan untuk mempelajari asas-asas penggunaan peranti Apple. Tekan pada “Develop your foundation skills” untuk mempelajari kemahiran ini menggunakan 120 tutorial yang disediakan.
Untuk menjadi Apple Teacher, pergi ke kad “Become an Apple Teacher”. Terdapat dua laluan yang boleh dipilih, sama ada “Badges for iPad” atau “Badges for Mac”.
Anda boleh memilih mana-mana laluan berasaskan peranti yang anda miliki. Jika anda ialah pengguna iPhone atau iPad, pilih “Badges for iPad”. Jika tidak memiliki sebarang peranti, pilih juga “Badges for iPad”. Kedua-dua laluan ini sebenarnya sama sahaja.
Terdapat enam lencana dalam laluan “Badges for iPad” iaitu:
- iPad
- Pages for iPad
- Keynote for iPad
- Numbers for iPad
- iMovie for iPad
- GarageBand for iPad
Anda perlu menjawab kesemua kuiz pendek yang disediakan bagi setiap lencana, dan menyelesaikan kesemua enam lencana tersebut.
Setelah selesai mendapat enam lencana, anda secara rasmi diiktiraf sebagai Apple Teacher. Ia ialah pengiktirafan antarabangsa, dan anda boleh menggunakan logo, atau nama Apple Teacher sebagai satu kebanggaan anda.
Kemahiran sebagai Apple Teacher
Pertama, anda mengetahui serba sedikit tentang peranti iPad.
Kedua, anda mengetahui cara menggunakan apps Pages, iaitu apps yang setara dengan Microsoft Word dan Google Docs.
Ketiga, anda mengetahui cara menggunakan apps Keynote, iaitu apps yang setara dengan Microsoft PowerPoint dan Google Slides.
Keempat, anda mengetahui cara menggunakan apps Numbers, iaitu apps yang setara dengan Microsoft Excel dan Google Sheets.
Kelima, anda mengetahui cara menggunakan apps iMovie, iaitu apps untuk menghasilkan video.
Keenam, anda mengetahui cara menggunakan apps GarageBand, iaitu apps untuk menghasilkan audio dan muzik.
Kemahiran pertama, walaupun mungkin anda tidak mempunyai iPad, tetapi ia bersifat agak universal bagi hampir semua peranti Apple. Justeru, ia membantu anda untuk menggunakan peranti seperti iPhone dengan lebih baik.
Kemahiran kedua, ketiga dan keempat, walaupun ia mempunyai apps yang setara dalam Microsoft Office dan Google, namun, penggunaan apps Apple adalah satu langkah ke hadapan mendahului pesaingnya.
Apps Pages dapat menghasilkan e-buku yang lebih interaktif. Apps Keynote dapat menghasilkan slaid dan video yang lebih pelbagai pergerakannya. Apps Numbers dapat menghasilkan poster, bahan pengajaran interaktif, di samping fungsi manipulasi data.
Kemahiran kelima, ia membezakan pengguna Apple dengan yang lain, kerana pengguna peranti Apple lebih mudah untuk menghasilkan video atau trailer dengan peranti iPhone, iPad atau MacBook. Sebagai guru, kemahiran ini sangat diperlukan untuk dokumentasi, penghasilan montaj dan lain-lain.
Kemahiran keenam, ia membezakan pengguna Apple dengan yang lain, kerana pengguna peranti Apple boleh menghasilkan pelbagai audio dan muzik dengan apps GarageBand, sama ada pada iPhone, iPad dan MacBook masing-masing.
Guru muzik boleh menggunakan pelbagai alat muzik yang ada dalam GarageBand. Guru vokal atau bahasa boleh menghasilkan podcast atau audio dengan muzik latar belakang yang menarik.
Kenapa Apple Teacher?
Pelbagai bahan berbentuk interaktif dan multimedia dapat digunakan untuk menyampaikan pengajaran, di samping pelbagai aktiviti.
Lebih-lebih lagi dengan ramainya pengguna iPad dalam kalangan guru dan pelajar, serta kehadiran pelbagai pihak yang memberikan sumbangan iPad kepada pelajar, maka kemahiran sebagai Apple Teacher boleh digunakan untuk membantu mengubah lanskap pendidikan negara.
Khidmat Latihan
Nama Latihan: Apple Teacher atau Penggunaan iPad atau Apps dalam iPad
Tempoh: minimum 1 jam
Peserta: tiada had
Mod latihan: Bersemuka atau dalam talian.
Keperluan: Peserta memerlukan peranti yang bersesuaian. Talian Internet mungkin diperlukan.
Info Penulis
Penulis mengalu-alukan sebagai teguran, cadangan atau maklum balas daripada semua.
Email: g-81383682@moe-dl.edu.my
Website: https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/adlan/home
Location: SMK Bukit Sentosa, Bandar Bukit Beruntung, Rawang, Selangor, Malaysia
Phone: 017-6192624
Facebook: https://www.facebook.com/adoufr
Twitter: @AdlanMOE
Arkib Risalah Teknologi Pendidikan
Edisi 11/ 2021 Menyimpan Sumber Internet Dengan Wakelet
Edisi 10/ 2021 Google Docs Untuk Soalan Peperiksaan
Edisi 9/ 2021 Mengembalikan Suara Guru Dengan Apps Mote
Edisi 8/ 2021 Google Calendar
Edisi 7/ 2021 Google Meet Untuk Mesyuarat Agung PIBG
Edisi 6/ 2021 Pensijilan Google for Education Certified Educator
Edisi 5/ 2021 Google Jamboard
Edisi 4/ 2021 Breakout Rooms dalam Google Meet
Edisi 3/ 2021 Google Meet
Edisi 2/ 2021 Google Drive
Edisi 1/ 2021 Google Classroom