Smore logo
remove_red_eye 452
page background

Teknologi Pendidikan

Bil 11/2021 * Dikeluarkan pada 30 Oktober 2021

TeknologiPendidikanBil 11/2021 * Dikeluarkan pada 30 Oktober 2021
zoom_out_map

Menyimpan Sumber Internet Dengan Wakelet

Dewasa ini, banyak bahan sumber boleh diperoleh dari Internet. Ada pelbagai pilihan cara bagaimana untuk menyimpan sumber-sumber tersebut, dan setiap satu mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri. Antara pilihan yang ada ialah:


1. Bookmark. Penanda buku merupakan cara paling klasik dengan menyimpan semua alamat URL di dalam pelayar Internet. Cara ini mudah dan ringkas, tetapi tidak menunjukkan kandungan isi. Justeru, kadangkala ia tidak membantu untuk mengetahui laman apakah yang telah ditanda.


2. MyLink.la. Ia adalah cara yang lebih moden daripada penanda buku. Pelbagai pautan boleh disimpan di sini, tetapi ia masih tidak menampakkan apakah isi kandungan pautan itu, kerana ia berasaskan teks.


Menyedari kelemahan yang ada, apps Wakelet hadir secara percuma untuk membolehkan pengguna menyimpan pelbagai sumber Internet dengan cara yang lebih mesra pengguna.

Mula menggunakan Wakelet

Untuk mengakses Wakelet, sila ke pautan berikut:

https://wakelet.com/


Pilih Sign up for free!, untuk mendaftar.


Pilih Continue with Google. Pilih akaun @moe-dl.edu.my.


Tahniah, anda sudah bersedia untuk mula menggunakan Wakelet.

zoom_out_map

Ciri Wakelet

Di bar di sebelah kiri, anda boleh mencipta “Space”. Ia sama seperti nama folder. Pengguna boleh mencipta pelbagai Ruang mengikut keperluan, contohnya: Masakan, Pendidikan Islam, Melancong.


Di bahagian sebelah kanan bagi setiap Ruang, pengguna boleh menekan butang tambah berwarna hijau untuk “Create a new collection”. Koleksi ini bermakna projek atau fail yang ingin dihasilkan.


Contoh:


Guru sains boleh menghasilkan beberapa Ruang bertajuk “Sains T1”, “Sains T2” dan “Sains T3”.

Dalam setiap Ruang tersebut, guru menghasilkan Koleksi bertajuk “Bab 1”, “Bab 2”, Bab 3”, … Justeru, setiap bahan boleh dikelaskan mengikut tingkatan dan bab.


Apabila pengguna mula menekan butan “Create a new collection”, pengguna perlu memilih satu daripada lima tataletak (layout) yang ada. Tataletak ini boleh diubah kemudian.


Langkah pertama ialah dengan memberi nama pada Koleksi ini. Contohnya “Sains T1 Bab 1”. Ini diikuti dengan menulis keterangan ringkas tentang Koleksi ini.


Berikutnya, guru boleh mula menampal apa-apa bahan dari Internet ke dalam Koleksi ini. Antara yang boleh dibuat ialah:


  • Menampal pautan YouTube. Segala bahan pengajaran berkaitan bab ini daripada YouTube boleh disimpan di sini.
  • Menampal pautan laman web. Semua laman web berkaitan yang mengandungi nota, latihan dan sebagainya boleh disimpan di sini.
  • Menambah teks. Fungsi ini membolehkan pengguna menambah nota, atau apa-apa teks yang perlu dalam Koleksi.
  • Menambah gambar. Fungsi ini membolehkan pengguna menambah apa-apa gambar sama ada sebagai hiasan atau gambar yang berkaitan.
  • Menambah penanda buku. “Bookmark” ke mana-mana laman boleh ditambah mengikut kesesuaian.
  • Menambah PDF. Sebarang fail PDF boleh ditambah ke dalam koleksi ini. Justeru, ia sesuai untuk mengumpulkan bahan.
  • Menambah fail dari Google Drive atau OneDrive. Fail yang disimpan di Google Drive atau OneDrive boleh ditambah mengikut keperluan.
  • Lain-lain. Wakelet sentiasa berkembang dengan menambah fungsinya. Pengguna kini boleh menambah ciapan Tweeter, video dari Flipgrid, dan bahan dari Adobe Spark.

Mengadun Pelbagai Ciri Wakelet

Dengan kepelbagaian ciri Wakelet, ia boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, antaranya:


  • Perkongsian bahan. Guru dan pelajar boleh memilih bahan-bahan yang sesuai dengan projek yang dijalankan (sama ada berkaitan akademik, hobi, sejarah dan lain-lain) dan berkongsi bahan-bahan projek itu.
  • Portfolio digital. Wakelet boleh digunakan untuk menghasilkan pelbagai jenis portfolio sama ada untuk penilaian, temuduga, atau resume. Ini berguna untuk pembelajaran berasaskan projek (project-based learning)
  • Penceritaan digital. Pelbagai cerita boleh dihasilkan secara kreatif dengan gabungan ciri-ciri grafik dan video menggunakan Wakelet.
  • Pembelajaran terbeza. Guru boleh mengkhususkan bahan mengikut kesesuaian murid.
  • Risalah. Majalah digital atau risalah juga boleh dihasilkan menggunakan Wakelet.

zoom_out_map

Wakelet dalam Wakelet

Satu Ruang boleh dihasilkan untuk mengumpulkan semua Ruang-ruang lain dalam satu halaman. Ia berfungsi seperti halaman kandungan.
zoom_out_map

Bahan Pengajaran

Ini ialah contoh YouTube yang disimpan sebagai bahan. Pelbagai setting boleh dibuat, seperti memasukkan tulisan tentang video (termasuk menulis arahan atau perkara yang perlu diambil berat oleh pelajar).
zoom_out_map

Resume

Wakelet boleh digunakan untuk memperkenalkan diri atau sebagai resume. Pelbagai bahan boleh dimasukkan dalam resume ini seperti gambar, video YouTube hasil kerja atau pembentangan, dan lain-lain.

Sambungan Wakelet

Wakelet boleh ditambah sebagai sambungan (extension) pada pelayar Internet. Dengan sambungan ini, apa-apa laman boleh dimasukkan ke dalam Wakelet dengan hanya dua klik sahaja.


Pautan untuk sambungan Google Chrome:

https://chrome.google.com/webstore/detail/wakelet/iomokcfebnfiflpgcpcijfkfmafgkjgh


Dengan hanya menekan pada sambungan ini di Google Chrome, pengguna boleh menetapkan tajuk sendiri, keterangan tambahan, di Koleksi mana ia mahu disimpan, atau mencipta Koleksi baharu, atau disimpan di Koleksi Kumpulan atau penanda buku.


Ini bermakna, guru boleh terus menyimpan semua bahan yang dijumpai di Internet dengan mudah, kemudian boleh berkongsi dengan rakan-rakan guru atau pelajar.

Khidmat Latihan

Penulis menyediakan khidmat latihan untuk menggunakan Wakelet. Justeru, guru atau sekolah yang memerlukan khidmat latihan ini bolehlah menghubungi penulis untuk perbincangan lanjut.
Nama Latihan: Wakelet
Tempoh: minimum 1 jam

Peserta: tiada had
Mod latihan: Bersemuka atau dalam talian.
Keperluan: Peserta memerlukan komputer atau laptop DAN talian Internet yang stabil.

zoom_out_map

Info Penulis

Artikel ini ditulis oleh Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin, guru Bahasa Jepun SMK Bukit Sentosa, 48300 Rawang, Selangor. Beliau ialah Google for Education Certified Trainer, Microsoft Certified Educator, dan Apple Teacher.


Penulis mengalu-alukan sebagai teguran, cadangan atau maklum balas daripada semua.

Email: g-81383682@moe-dl.edu.my
Website: https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/adlan/home
Location: SMK Bukit Sentosa, Bandar Bukit Beruntung, Rawang, Selangor, Malaysia
Phone: 017-6192624
Facebook: https://www.facebook.com/adoufr
Twitter: @AdlanMOE

Arkib Risalah Teknologi Pendidikan

Edisi 10/ 2021 Google Docs Untuk Soalan Peperiksaan

Edisi 9/ 2021 Mengembalikan Suara Guru Dengan Apps Mote

Edisi 8/ 2021 Google Calendar

Edisi 7/ 2021 Google Meet Untuk Mesyuarat Agung PIBG

Edisi 6/ 2021 Pensijilan Google for Education Certified Educator

Edisi 5/ 2021 Google Jamboard

Edisi 4/ 2021 Breakout Rooms dalam Google Meet

Edisi 3/ 2021 Google Meet

Edisi 2/ 2021 Google Drive

Edisi 1/ 2021 Google Classroom
Loading indicator

close

Created with

Communicate quickly and effectively with interactive newsletters.

Smore empowers educators to connect with their community, streamline school communications,
and increase engagement.

Create a newsletter